• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor akan datang dengan telefon baru pakar swafoto 24 jam

  • OLEH Najib
  • 4:56 pm
  • 07/12/2018
  • Komen
Honor akan datang dengan telefon baru pakar swafoto 24 jam
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa hari lepas, Facebook Honor Malaysia berkongsi gambar yang merujuk kepada huruf berbeza setiap hari. Hari ini, ia diakhiri dengan gambar bernombor 10, apabila dikumpulkan menjadi LITE  10. Menurut Honor Malaysia, ia merujuk kepada satu model baru telefon pintar mereka yang akan datang ke Malaysia.

Jika mencari Honor Lite 10, ia tidak wujud. Tetapi carian Honor 10 Lite memberitahu kita ia telahpun dilancarkan di China bulan lepas. Walaupun menggunakan nama yang sama, versi Lite ini tidak memiliki sebarang persamaan dengan Honor 10, termasuk rupanya.



Berbanding Honor 10, Honor 10 Lite dilihat lebih menyerupai Honor 8X. Antaranya penggunaan cip Kirin 710 berkuasa GPU Turbo, RAM antara 4GB dan 6GB, serta storan dalaman sehingga 128GB. Skrinnya berbeza sedikit, kerana ia menggunakan takuk titisan air, dengan keluasan 6.21-inci HD Penuh+.

Kamera belakangnya dwi-lensa, gabungan lensa 13MP dan 2MP. Tetapi lensa lebih hebat untuk swafoto digunakan di kamera hadapan, dengan resolusi 24MP F2.0 berkuasa AI untuk ubahsuai gambar secara pintar. Mungkin sebab ini Honor Malaysia cuba mengiklankannya dengan tanda pagar #Perfect10 dan #24hrInStyle.



Bateri Honor 10 Lite sedikit kecil, hanya 3,400mAh dan dicas melalui port mikroUSB, tanpa sokongan pengecasan pantas.

Tetapi yang menariknya, Honor 10 Lite siap dipasang sistem operasi EMUI 9 berasaskan Android 9.0 Pie. Nampaknya ini peranti Honor pertama dibekalkan siap dengan Android Pie.

Di China, Honor 10 Lite datang dalam empat jenis warna iaitu gradient biru, gradient merah, putih dan hitam. Harga jualannya pula ialah:

  • Honor 10 Lite (4GB/64GB) – RMB1,399 (~RM847)
  • Honor 10 Lite (6GB/64GB) – RMB1,699 (~RM1,029)
  • Honor 10 Lite (6GB/128GB) – RMB1,899 (~RM1,150)

Di China juga, Honor 10 Lite dijual pada harga yang sama dengan Honor 8X. Jadi, ada kemungkinan harga Honor 10 Lite di Malaysia juga sama dengan Honor 8X. Melainkan, variasi Honor 10 Lite nanti berbeza dengan yang ada di Malaysia, iaitu RAM 4GB dan storan 128GB. Lagi kecil RAM atau storan, harapnya lagi murah juga harganya.

Kami rasalah kan, mungkin Honor 10 Lite akan dijual lebih murah dari Honor 8X, maka variasi RAM 4GB dan 64GB akan dijual di Malaysia. Harga pula sekitar RM849.

Honor Malaysia juga tidak menjelaskan bilakah Honor 10 Lite akan mula dijual di Malaysia. Kena tunggu pengumuman selanjutnya dari Honor Malaysia.

Tags: honorHonor 10 Lite
Najib

Najib

POPULAR

Honor akan datang dengan telefon baru pakar swafoto 24 jam

Honor akan datang dengan telefon baru pakar swafoto 24 jam

7 December 2018
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER