• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Y Max sah tiba di Malaysia pada 12 12

  • OLEH Najib
  • 1:06 pm
  • 07/12/2018
  • Komen
Huawei Y Max sah tiba di Malaysia pada 12 12
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam Huawei Malaysia berkongsi petunjuk ketibaan sebuah telefon pintar yang besar, hari ini ia telah disahkan tiba. Huawei Y Max akan mula dijual minggu depan, sempena hari jualan 12.12 akan datang.

Perkara ini dikongsi oleh Huawei Malaysia menerusi emel promosi yang dihantar. Tempahan awal Huawei Y Max akan dibuka bermula 10 Disember 2018. Hadiah percuma juga disediakan untuk tempahan di Stor Online Huawei berupa gelang pintar, fon kepala dan casing.



Masih tiada harga dipaparkan di Stor Online Huawei, tetapi ia telah dijual di Thailand dengan harga THB10,990 (~RM1,393). Dijangka harganya di Malaysia nanti sekitar RM1,399.

Huawei Y Max memiliki skrin besar 7.12-inci, dalam nisbah 18.7:9 dengan resolusi HD Penuh+ 2244×1080. Skrin ini memiliki takuk kecik seperti titisan air, untuk menempatkan kamera hadapan.



Dari laman spesifikasi, telefon ini dikuasakan cip Snapdragon 660, RAM 4GB dan storan dalaman 128GB. Ia sedia menerima kad mikroSD sehingga 256GB untuk storan tambahan. Untuk kamera, ia menggunakan dwi-lensa 16MP+2MP F2.0 di belakang bersama lensa 8MP F2.4 di hadapan.

Keunikan Huawei Y Max boleh dilihat di belakangnya, menggunakan lapisan seperti kulit, bukan besi, kaca atau plastik. Terdapat dua warna kulit boleh dipilih, antara cokelat dan hitam.

Huawei memuatkan sistem bunyi Dolby Atmos ke dalam Y Max untuk melengkapkan sistem hiburan. Ini ditambah lagi dengan bateri berkapasiti 5,000mAh, memberinya jangka hayat yang panjang.

Tags: HuaweiY Max
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Huawei Y Max sah tiba di Malaysia pada 12 12

Huawei Y Max sah tiba di Malaysia pada 12 12

7 December 2018
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN