• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Satu telefon baru Huawei akan datang pada 12.12

  • OLEH Najib
  • 5:32 pm
  • 06/12/2018
  • Komen
Satu telefon baru Huawei akan datang pada 12.12
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Malaysia nampaknya masih tidak berhenti bekerja walaupun menjelang hujung tahun 2018. Mereka baru sahaja memberitahu, satu telefon pintar baru akan dilancarkan sempena jualan 12.12 minggu depan.

Huawei memaklumkan, telefon pintar ini memberikan hiburan MAXsima, menerusi skrin besar FullView 7.12-inci. Ia juga memiliki bateri yang sangat besar dan rekaan lain dari biasa. Malah, Huawei turut bertanya, “Y Limit Yourself?”



Dari petunjuk di atas, kami dapat merumuskan yang ianya merujuk kepada telefon pintar Huawei Y Max. Telefon ini telah dilancarkan di Thailand, dengan harga THB10,990 (~RM1,393).

Huawei Y Max memiliki skrin besar 7.12-inci, dalam nisbah 18.7:9 dengan resolusi HD Penuh+ 2244×1080. Skrin ini memiliki takuk kecik seperti titisan air, untuk menempatkan kamera hadapan.



Telefon ini dikuasakan cip Snapdragon 660, RAM 4GB dan storan dalaman 128GB. Ia sedia menerima kad mikroSD sehingga 256GB untuk storan tambahan. Untuk kamera, ia menggunakan dwi-lensa 16MP+2MP F2.0 di belakang bersama lensa 8MP F2.4 di hadapan.

Keunikan Huawei Y Max boleh dilihat di belakangnya, menggunakan lapisan seperti kulit, bukan besi, kaca atau plastik. Terdapat dua warna kulit boleh dipilih, antara cokelat dan hitam.

Huawei memuatkan sistem bunyi Dolby Atmos ke dalam Y Max untuk melengkapkan sistem hiburan. Ini ditambah lagi dengan bateri berkapasiti 5,000mAh, memberinya jangka hayat yang panjang.

Huawei Y Max yang dijual di Thailand, masih menggunakan sistem operasi EMUI 8.2 berasaskan Android 8.1 Oreo. Rasanya sistem operasi yang sama juga untuk model Malaysia nanti.

Pesaing yang dilihat hampir dengan Y Max ini ialah Xiaomi Mi Max 3. Skrinnya sedikit kecil, 6.9-inci HD Penuh+ tanpa takuk, tetapi bateri besar 5,500mAh. Ia dikuasakan cip Snapdragon 636, RAM 4GB dan storan 64GB, dengan harga jualan RM1,099.

Huawei Y Max dilihat memiliki kelebihan berbanding Mi Max 3, terutama storannya dan sistem bunyi. Tetapi harganya jika sama dengan Thailand, dijangka RM1,399. Iaitu RM300 lebih dari Mi Max 3.

Bagaimanapun, ini masih jangkaan kami semata. Kita kena tunggu pengumuman rasmi dari Huawei Malaysia, selewat-lewatnya pada 12 Disember 2018 nanti.

Tags: HuaweiY Max
Najib

Najib

POPULAR

Satu telefon baru Huawei akan datang pada 12.12

Satu telefon baru Huawei akan datang pada 12.12

6 December 2018
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN