Snapdragon 8cx Perkasa ACPC Dengan CPU 7nm Pertama Untuk Laptop

Always Connected PC (ACPC) adalah satu niche baru yang dijangka menguasai pasaran komputer tak lama lagi. Ia menyuntik satu lagi keupayaan pada laptop sedia ada untuk bawanya selangkah kehadapan iaitu keupayaan untuk bersambung ke perkhidmatan selular. Qualcomm hari ini mengumumkan cip yang dikhaskan untuk tujuan itu dan ia dinamakan Snapdragon 8cx.

Dilancarkan dalam majlis yang sama dengan Snapdragon 855, Snapdragon 8cx akan digunakan pada laptop kerana terdapat beberapa bahagian yang ditala khas untuk kegunaan komputer berbanding telefon.

Misalnya, pada cip ini terdapat teras Kryo 495 berbanding 485 pada Snapdragon 855. Tidak pula dinyatakan berapakah clockspeed cip ini tapi pada mesin ujian, ia menunjukkan kelajuan sekitar 2.75Ghz dan kelajuan sebenar bergatung pada implementasi pengeluar komputer.

Sumber gambar

Bahagian GPU pula menerima penambahbaikkan sehingga 60% berbanding sebelumnya. Ia dilengkapi dengan GPU Adreno 680.

Yang membezakan Snapdragon 8cx dengan produk konvesional Intel dan AMD adalah kehadiran modem LTE yang membolehkannya menerima kad SIM untuk berhubung dengan rangkaian telco. Kehadiran modem X24 LTE membolehkan sambungan sehingga 2Gbps berlaku antara komputer dan Internet.

Antara spesifikasi asas lain yang boleh anda jangkakan pada sebuah ACPC yang diperkasa Snapdragon 8cx adalah seperti:

  • Wi-Fi 6
  • Pengecasan Pantas Quick Charga 4+
  • Bluetooth 5.0
  • Sistem penjejak satelit
  • Sokongan storan NVME SSD & UFS3.0
BACA  LG mahu letak 16 kamera di telefon pintar