fbpx

Kamera Samsung Galaxy Note9 Yang Berfungsi Seperti Mata Anda

Pesanan ikhlas daripada Samsung Malaysia

Galaxy Note9 adalah telefon yang paling canggih dihasilkan Samsung setakat ini. Segala-gala yang premium tersemat disebalik badannya termasuklah pada komponen pengimejan.

Galaxy Note9 hadir dengan konfigurasi dwikamera belakang. Menariknya, kedua-duanya diberikan sensor 12MP yang sama tetapi apa yang akan mengujakan anda adalah salah satu kameranya memiliki apertur boleh laras.

Galaxy Note9 hadir dengan konfigurasi dwikamera dengan apertur boleh laras

Manfaat apakah yang diberikan dengan apertur boleh laras pada pengalaman fotografi anda? Untuk menjawab soalan itu, anda perlu memahami tugas apertur.

Apertur adalah bukaan antara sensor dan kanta yangmembenarkan cahaya masuk untuk difokuskan oleh lensa kearah sensor pengimejan sebelum diproses menjadi gambar. Kebiasaannya, telefon hadir dengan apertur malar.

Maka, telefon yang memiliki apertur tak boleh ubah akan mengalami masalah dalam persekitaran dengan pencahayaan ekstrim sama ada gelap atau cerah.

Apertur boleh laras akan kawal cahaya yang jatuh ke sensor – sumber gambar

Mujurlah dengan adanya apertur boleh ubah pada Galaxy Note9, bukaan itu boleh dibuka dan dikatup mengikut pencahayaan persekitaran yang ada. Hasilnya, Galaxy Note9 tidak akan mengalami masalah untuk mengambil gambar yang seimbang kecerahannya dalam apa jua keadaan.

Dalam cahaya malap, apertur akan dibuka luas

Dalam keadaan terang, apertur dikecilkan

Misalnya, dalam keadaan terang benderang, apertur akan dikecilkan untuk mengelakkan sensor dilimpahi cahaya terlalu banyak yang akan menyebabkan gambar terlalu overexpose.
Sebaliknya, dalam keadaan malap, apertur akan dibuka seluas-luasnya untuk mengalirkan cahaya sebanyak mungkin supaya gambar malam anda nampak cerah tanpa kehilangan butiran penting.

Kesan apertur kecil

Sistem pKawalan pintar apertur ini membolehkan setiap gambar yang dihasilkan Note9 seperti diambil menggunakan sebuah kamera DSLR yang lebih besar.

BACA  Pemilik Galaxy S10 dan Galaxy Note 10 digesa mengemaskini perisian fingerprint segera

Itu cumalah salah satu manfaat Scene Optimizer yang disuntik pada Note9. Selain mengawal bukaan apertur, Selain mengawal bukaan apertur, Scene Optimizer juga mengawal selia tetapan kamera agar anda boleh tumpukan pada merakam detik bersejarah.

Kesan apertur luas

Tidak kiralah sama ada anda menghalakan lensa Note9 ke arah makanan, binatang peliharaan, ataupun landskap saujana mata memandang. Telefon ini secara pintarnya akan mengoptimumkan hasil gambar tanpa masalah.

 

Tidak cukup dengan itu, penstabil imej optikal juga dibina terus pada kedua-dua lensa belakang telefon ini. Ini bermakna, risiko gambar yang diambil kabur akibat pergerakan tangan nyata dikurangkan dengan kepintaran menerap gegaran dari luar.

Sekiranya anda ingin lebih kreatif, Samsung turut menambahbaikkan Galaxy Note9 agar anda dimanfaatkan dengan jus kreatif anda sebaik-baiknya. Kamera telefon ini boleh mengezum optikal sebanyak 2 kali ataupun zum digital sehinnga 10 kali.

Galaxy Note9 ada zum digital sehingga 10 kali

Video pergerakan perlahan sehingga 960 fps boleh dirakam sekiranya melihat belon pecah secara slow-mo adalah minat anda. Untuk rakaman biasa, ia mampu merakam video UHD 4K pada kadar 60 fps.

Galaxy Note9 dicipta untuk membolehkan anda melakukan perkara yang lebih besar di mana jua. Ia kini boleh dimiliki bermula dari RM3,699 untuk versi 6GB RAM dan 128GB storan, dan RM4,599 bagi versi terbaik 8GB RAM dan 512GB storan. Untuk maklumat lanjut, sila semak halaman Galaxy Note9 di laman web Samsung Malaysia.