Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Pelbagai diskaun dan hadiah dari Vivo di Shopee sempena 12.12

Peminat telefon pintar Vivo, sekarang adalah masa terbaik untuk anda membelinya kerana Vivo sedang mengadakan jualan karnival krismas. Ia memberikan diskaun, baucar dan hadiah percuma menerusi Stor Vivo di Shopee, dari 10 hingga 12 Disember 2018.

Mula-mula, anda boleh mendapatkan baucar RM10 semudah mengikuti Stor Vivo di Shopee. Baucar ini boleh digunakan dengan pembelian minima RM100. Terdapat baucar lain yang ditawarkan, dengan menggunakan kod VIVO2512 bagi diskaun RM25 untuk pembelian minima RM500, dan kod VIVO5012 untuk diskaun RM50 bagi pembelian minima RM1,000.

Vivo juga akan membuka tawaran istimewa jika stor mereka di Shopee mencapai jumlah pengikut tertentu. Dengan 30 ribu pengikut, Vivo menawarkan kabel berharga RM1, 35 ribu pengikut pula powerbank RM11 atau jika pengikut mencecah 40 ribu, mereka akan menjual satu unit telefon pintar Vivo Y53 pada harga RM199.

Bermula dari hari ini sehingga 12 Disember, Vivo akan menyediakan diskaun untuk beberapa model telefon pintar terpilih. Jadual penuh diskaun dan model terlibat adalah seperti di bawah:

Tarikh Model Harga Promosi
10 Dis 2018 Vivo X21 RM1,599
10 Dis 2018 Vivo V7 RM699
11 Dis 2018 Vshare cable RM12
11 Dis 2018 Vivo Y53 RM399
12 Dis 2018 Vivo Y71i RM499
12 Dis 2018 Vivo Y85 RM699
12 Dis 2018 Vivo V9 RM899

Selain itu, Vivo juga memberikan tiket filem percuma, jika pembeli memberi penilaian bintang dan berkongsi reviu produk di Shopee, selepas pembelian diterima.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari Stor Rasmi Vivo di Shopee.

BACA  Tonton pendaratan probe Marikh secara langsung 18 Februari 2021, ini caranya