• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi MIX 3 ditemui telah berdaftar di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 7:56 pm
  • 10/12/2018
  • Komen
Mi MIX 3 ditemui telah berdaftar di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah hampir 2 bulan telefon pintar Mi MIX 3 dilancarkan di China. Tidak kedengaran lagi khabar tentang pelancarannya di Malaysia, tetapi jejaknya telah ditemui.

SIRIM nampaknya telah meluluskan kemasukan Mi MIX 3 untuk penggunaan di Malaysia. Ini bermakna, ia juga boleh dijual di Malaysia. Selepas mereka menyelesaikan isu cukai dengan kastamlah.



Di dalam pengkalan data SIRIM, sebuah telefon pintar Xiaomi telah didaftarkan dengan nombor model M1810E5A dan tersenarai pada 4 Disember 2018. Ini merupakan nombor model yang sama terdapat di laman web penguatkuasa 3C China.

Satu lagi pendaftaran baru produk Xiaomi di SIRIM ialah pengecas wayarles, bernombor model MDY-09-EU. Untuk Mi MIX 3 yang dijual di China, pengecas wayarles diberikan bersama di dalam kotak. Mungkin pengecas wayarles yang didaftarkan ini, adalah untuk Mi MIX 3.



Nampak macam ada harapan Mi MIX 3 ini akan dijual di Malaysia sebelum penghujung tahun ini.

Kalau anda tak tahu, Mi MIX 3 adalah telefon dari siri nirbingkai terbaru dari Xiaomi, skrinnya berukuran 6.39-inci, dari jenis Super AMOLED dengan resolusi HD Penuh+. Ia dikuasakan cip Snapdragon 845 bersama pilihan RAM 6GB, 8GB atau 10GB. Storan pula sehingga 256GB.

Kali ini, Mi MIX 3 membawakan konsep nirbingkai penuh tanpa kamera di hadapan. Kamera ini tersimpan di belakang skrin, boleh diakses dengan melungsurkan skrin ke bawah.

Untuk kamera hadapan, ia dilengkapi dwi-lensa 24MP+2MP. Manakala kamera belakang menggunakan dwi-lensa, lensa utama 12MP F1.8 dan lens telefoto 12MP F2.4.

Bateri di dalam Mi MIX 3 hanyalah 3,200mAh, kapasiti yang sangat kecil dibandingkan dengan telefon pintar Xiaomi yang lain. Tetapi ia menyokong pengecasan wayarles pantas, yang mungkin disertakan bersama pembelian Mi MIX 3 nanti.

Untuk rujukan, Mi MIX 3 telah dijual di China dalam tiga variasi, serta satu edisi khas yang dipanggil Edisi Kota Larangan (Forbidden City). Harga jualannya adalah seperti berikut:

  • Mi MIX 3 (6GB/128GB) – RMB3,299 (~RM1,979)
  • Mi MIX 3 (8GB/128GB) – RMB3,599 (~RM2,158)
  • Mi MIX 3 (8GB/256GB) – RMB3,999 (~RM2,398)
  • Edisi Khas Kota Larangan
    Mi MIX 3 (10GB/256GB) RMB4,999 (~RM2,998)

Terima kasih @KevinNgTK atas makluman ini.

Tags: mi mix 3xiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Mi MIX 3 ditemui telah berdaftar di Malaysia

Mi MIX 3 ditemui telah berdaftar di Malaysia

10 December 2018
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN