• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Zenfone Max Pro M2 kekal dengan prestasi melebihi harga

  • OLEH Najib
  • 5:01 pm
  • 11/12/2018
  • Komen
Zenfone Max Pro M2 kekal dengan prestasi melebihi harga
Share on FacebookShare on Twitter

Bertempat di kota Jakarta, Indonesia hari ini, ASUS melancarkan model terbaru untuk telefon pintar kelas pertengahan terbaik mereka, Zenfone Max Pro M2. Pelancaran ini dibuat bersama untuk pasaran Indonesia dan Malaysia.

Secara kasar, seperti tidak kelihatan perbezaan antara generasi kedua ini, dengan generasi pertama. Tetapi di dalam, prestasinya dipertingkat dengan penggunaan beberapa perkakas baharu.



Di hadapan, Zenfone Max Pro M2 memiliki skrin berukuran 6.3-inci HD Penuh+, kini lebih luas dan ditambah takuk untuk memaksimakan ruang. Ketahan skrin ini juga lebih tinggi kerana dilapisi kaca Corning Gorilla Glass 6 yang terbaru.

Di dalam, ASUS memasang cip Snapdragon 660 bagi menggantikan cip Snapdragon 636. Ini memberikannya lebih kuasa untuk prestasi lebih tinggi. RAM pula disediakan antara 4GB dan 6GB. Untuk storan dalaman, hanya terdapat 64GB sahaja.



Tetapi ia boleh diperluas dengan mudah kerana ia memiliki tiga slot kad, dua untuk kad sim nano dan satu untuk kad mikroSD sehingga 2TB. Ini membenarkan penggunaan tiga kad sekaligus tanpa mengorbankan salah satu kad.

Tarikan terbaik Zenfone Max Pro M2 adalah bateri 5,000mAh, kapasiti yang sangat besar untuk standard telefon pintar masa kini. Sayangnya, ia masih menggunakan port mikroUSB dan datang dengan pengecas 10W sahaja. Agak lama untuk megecas penuh, tetapi sebenarnya ia menyokong pengecasan pantas.

ASUS turut menambah naik kamera, masih dengan dwi-lensa di belakang tetapi kali ini dikuasakan sensor sony IMX486 12MP F1.8, dengan saiz sensor piksel 1.25-mikron.Lensa kedua pula pengesan tahap kedalaman 5MP, untuk menghasilkan efek bokeh. Kamera hadapannya menggunakan lensa 13MP F2.2 dengan sudut lebar 77.2-darjah. Kesemua kamera ini ditambah kuasa penstabil imej elektronik (EIS) 3-paksi.

Seperti sebelumnya, Zenfone Max Pro M2 menggunakan sistem operasi Android Asli tanpa perubahan kulit, tetapi tidak terlibat dalam projek Android One. Oleh kerana itu, ia masih menggunakan Android 8.1 Oreo asli, dan dijangka menerima kemaskini Android 9.0 Pie sekitar Januari 2019.

Telefon pintar ASUS Zenfone Max Pro M2 ini akan dijual di Malaysia dengan harga RM859 untuk versi RAM 4GB, dan RM999 dengan RAM 6GB. Tempahan awal akan dibuka bermula hari ini, 11 Disember sehingga 17 Disember 2018.

ASUS telah melantik penjual eksklusif sepanjang tempoh tempahan awal ini. Untuk versi 4GB RAM, ia hanya boleh ditempah di Lazada. Manakala versi 6GB RAM, hanya terdapat di Shopee.

  • Zenfone Max Pro M2 (4GB/64GB) – RM859, tempah di Lazada
  • Zenfone Max Pro M2 (6GB/64GB) – RM999, tempah di Shopee

Untuk mengenalinya dengan lebih dekat, boleh layari reviu kami tentang Zenfone Max Pro M2 di sini.

Tags: asusZenFone Max Pro M2
Najib

Najib

POPULAR

Zenfone Max Pro M2 kekal dengan prestasi melebihi harga

Zenfone Max Pro M2 kekal dengan prestasi melebihi harga

11 December 2018
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN