fbpx

[REVIU] ZenFone Max Pro M2 Replikasi Kejayaan Formula M1

Kamera & Kesimpulan

Komponen ini bukanlah yang diketengahkan oleh ASUS sebagai faktor penguat jualannya. Kameranya kali ini dilengkapi sensor 12MP F1.8 dengan kamera sekunder sebagai penyukat kedalam medan. Rakaman 4K padanya sekarang ada fungsi EIS tidak seperti sebelum ini.

Kamera depannya pula 13MP. Spesifikasi kamera telefon ini agak baik tapi saya ingin beri sedikit komen tentang APP kamera yang mengawal komponen pengimejan telefon ini.

Perkara yang paling asas dalam dunia fotografi adalah komposisi, iaitu cara anda letakkan subjek dalam framing anda. Dalam kamera digital masa ini, anda biasanya menerima bantuan grid 3×3 untuk lakukan framing.

Tapi fungsi itu tiada dalam APP kamera M2 malah di M1 turut tiada. Ia bukanlah masalah perkakasan tidak cukup berkuasa, tapi lebih kepada masalah pembangun APP itu yang mungkin tiada asas dalam dunia fotografi.

Tapi operasi kamera yang saya alami adalah lancar. Tiada masalah APP terhenti secara tiba-tiba dan bidikan fokustepat dalam cahaya yang cukup.

Berikut adalah sampel gambar untuk rujukan anda.

Dalam cahaya yang cukup, imej terhasil memang tajam

Ada mode bokeh untuk kesan artistik

Kamera sekunder mengesan pinggir subjek dengan jayanya

Sungguhpun subjek kecil, kesan bokeh hasilannya agak baik

Pengesanan pinggir sedikit longgar pada bahagian lengan subjek

Kamera hadapi masalah dalam keadaan kontras terlalu tinggi untuk mode HDR


Penghasilan warna yang jitu

Gambar malam agak kabur

Hingar yang kurang tapi shutter speed yang panjang menyebabkan kekaburan

Warna agak suram

Selfie dengan beautify maksimum

Kesimpulan

ZenFone Max Pro M2 hadir dalam dua varian iaitu yang miliki RAM 4GB dan 6GB. Storan untuk setiap varian adalah sama iaitu 64GB. Harganya adalah seperti berikut:

  • RAM 4GB + storan 64GB – RM859
  • RAM 6GB + storan 64GB – RM999
BACA  Bahagian 1 - Kenapa MYTV Penting Untuk Kita?

Harga varian RAM 4GB

Harga varian RAM 6GB

Tempahan ekslusif akan dijalankan mengikut varian. Varian 4GB akan dibuat di Shopee manakala Lazada akan menjual yang 6GB. Tapi kedua-dua varian boleh ditempah di platform masing-masing bermula 11 Disember hingga 17 Disember 2018.

Saya jangkakan ASUS akan Berjaya mereplikasikan formula ZenFone Max Pro M1 pada Pro M2 atas satu sebab utama iaitu harganya yang kekal kompetitif. Ia disokong dengan penawaran spesifikasi premium dalam kelasnya serta kehadiran Android asli dengan bloatware amat minimum.

Antara yang berubah berbanding versi sebelumnya adalah seperti penggunaan cip yang lebih baru, sensor kamera yang lebih berkuasa serta panel paparan yang lebih besar.

Sebab utama pengguna akan sukai telefon ini adalah kehadiran bateri yang besar serta trislot kad SIM dan SD membolehkan mereka meluaskan storan sedia ada dan pada masa yang sama masih gunakan dua kad SIM serentak,

Tapi beberapa kekurangan yang perlu diambil kira adalah seperti ketiadaan pengecasan pantas memerlukan daripada pihak pengguna. Ketiadaan Wi-Fi 5Ghz mungkin tak beri kesan sangat untuk pengguna kasual.

Contents