fbpx

[REVIU] ZenFone Max Pro M2 Replikasi Kejayaan Formula M1

Pengalaman Guna

Asus ZenFone Max Pro M2 menjalankan sistem operasi Android 8.1 Oreo. Antara mukanya lebih mirip pada Android One tapi Asus tidak menggunakan cap tersebut kerana masih ada APP pihak ketiga yang dipasang pada telefon ini sejurus keluar kotak.

Sistem operasi Android 8.1 Oreo tulen

APP pihak ketiga adalah seperti Sound Recorder, FM Radio, dan Calculator. Berdasarkan pasaran jualan telefon ini, anda mungkin terima beberapa lagi bloatware. Dalam kes saya yang terima set daripada Indonesia, ada APP Caping yang menawarkan bahan bacaan digital.

Seperti sebuah telefon Android One, fungsi-fungsi yang ditawarkan agak asas dan minimalis. Contohnya dalam ZenUI pada ZenFone 5z, anda boleh temui Game Genie yang berikan kemudahan untuk berstrim ataupun menghalang notifikasi dari menganggu permainan. Tapi pada Max Pro M2, semua itu tiada.

Bloatware minimum tapi agak berguna

Tapi ia bukanlah kehilangan jika anda adalah pengguna kasual dan jika perlukannya, anda boleh cari APP alternatif yang menjalankan fungsi yang sama.

Sebelum terlupa, telefon ini tiada Wi-Fi 5Ghz ya. Tidaklah saya ketahui sejauh mana kesan Wi-Fi 5Ghz terhadap kos penghasilan telefon ini sehingga ASUS masih tak menyertakannya sejak Max Pro M1.

Sebelum membedah lebih dalam ini adalah keputusan penanda aras sintentik Antutu dan GeekBench.

AnTuTu

GeekBench

Pengimbas cap jari dibelakangnya berfungsi seperti sepatutnya dan jitu dalam mengenal pasti cap jari tuannya. Tapi tidaklah sepantas pengimbas cap jari di flagship. Selain cap jari, wajah juga boleh digunakan sebagai pengenalan biometric untuk menyahkunci telefon.

Untuk sebuah telefon Snapdragon 660, ia miliki bateri yang superbesar iaitu 5,000mAh. Untuk pengguna kasual, lebih 1 hari bukanlah masalah kepada telefon ini untuk berkhidmat untuk anda.

BACA  Tempahan awal ROG Phone II datang dengan Kunai percuma dan baucer bernilai RM200

SOT melebihi 7 jam

Saya beroleh masa penggunaan melebihi 1 hari 5 jam dengan SOT melebihi 7 jam lamanya. APP yang paling banyak makan bateri adalah Facebook dan YouTube. Kemudian saya ada gunakannya untuk navigasi menggunakan Google Maps.

WhatsApp pula memang sentiasa berjalan di bahagian latar telefon dan APP kamera saya gunakan lebih 20 minit.

Pola penggunaan intensif

Untuk pola penggunaan ini, saya amat sarankan telefon ini untuk pengguna kasual seperti yang perlukan sebuah telefon hanya untuk berhubung ataupun jenis yang tidak gemar membawa powerbank di dalam beg.

Untuk gamers pula, Snapdragon 660 bersama-sama RAM sehingga 6GB pastinya tak berikan masalah untuk anda memberikan bebanan pengkomputeran yang berat itu kepadanya.

Tapi seribu kali sayang, seperti saudara M1-nya, ia tetap tiada pengecasan pantas untuk mengisi bateri 5,000mAh-nya itu. Jadi mengecas penuh telefon ini daripada hampir 0% mengambil masa melebihi 3 jam.

Mula cas pada tengah malam dan selesai jam 03:33 pagi

Halaman Seterusnya

Contents