fbpx

Galaxy Note9 Pacu Produktiviti Anda Ke Tahap Maksimum

Pesanan ikhlas daripada Samsung Malaysia

Samsung Galaxy Note9 dibangunkan dengan satu objektif iaitu melicinkan urusan anda seharian. Untuk tujuan itu, ia dilengkapi dengan segala-gala yang premium bagi mendukung segala macam tugasan, ringan ataupun berat yang dilontarkan oleh anda kepadanya.Kekuasaan Galaxy Note9 terletak pada sekeping cip pemproses Exynos 9810 yang hadir hasil ciptaan Samsung, CPU Ini memberikan prestasi sehingga dua kali ganda berbanding edisi sebelumnya.

Jika anda tertanya-tanya bagaimana prestasi berkali ganda ini dicapai, jawapannya adalah Exynos 9810 menerima manfaat daripada penggunaan proses litografi FinFET 10nm generasi kedua. Dengannya, anda beroleh CPU berprestasi tinggi tapi pada masa yang sama cekap tenaga.Semuanya dimungkinkan dengan penggunaan proses penghasilan FinFET 10nm generasi kedua yang menghasilkan CPU cekap tenaga tapi pada masa yang sama cekap tenaga.

Manfaat yang diperoleh pengguna Galaxy Note9 daripada CPU sehebat ini adalah kemampuan menjugel berbilang aplikasi serentak. Jadi tiada masalah untuk anda melompat aplikasi tanpa merencatkan tahap produktiviti anda.

RAM sehingga 8GB yang dimiliki telefon ini turut membantu CPU melicinkan pengalaman pengkomputeran yang dinikmati tuannya. Seiring dengan CPU dan RAM berprestasi tinggi, anda pastinya turut memerlukan ruang penyimpanan yang sama tinggi bukan?

Samsung turut menyediakan ruang penyimpanan sebanyak 512GB untuk kegunaan anda.Sekiranya tidak mencukupi, anda boleh memperluas storan telefon anda menggunakan sekeping kad mikro-SD yang boleh dimasukan ke slot SD hibrid. Untungnya pengguna Galaxy Note9 adalah slot ini mampu menampung kad sehingga 512GB besar dan anda mampu beroleh storan sehingga 1TB luasnya.

Adalah amat membazir sekiranya kehebatan Galaxy Note9 dibendung dalam pakej telefon sahaja. Oleh sebeb itu, telefon ini dilengkapi dengan Samsung Dex yang akan mengubah gajet telapak tangan, bertukar menjadi sebuah komputer.

BACA  Pemilik Galaxy S10 dan Galaxy Note 10 digesa mengemaskini perisian fingerprint segera

Untuk menikmatinya, anda hanya perlu menyambungkan kabel USB-C ke HDMI dan menyambungkannya kepada monitor yang sesuai. Anda juga boleh menyambungkan papan kekunci dan tetikus melalui sambungan kabel ataupun Bluetooth.

Tidak terhenti di situ, paparan Galaxy Note9 turut boleh bertindak sebagai permukaan peka sentuhan untuk menggerakkan kursor tetikus.

Galaxy Note9 dicipta untuk membolehkan anda melakukan perkara yang lebih besar di mana jua. Ia kini boleh dimiliki bermula dari RM3,699 untuk versi 6GB RAM dan 128GB storan, dan RM4,599 bagi versi terbaik 8GB RAM dan 512GB storan.

Untuk maklumat lanjut, sila semak halaman Galaxy Note9 di laman web Samsung Malaysia.