• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OPPO F9 lebih murah RM200 sekarang

  • OLEH Najib
  • 4:10 pm
  • 13/12/2018
  • Komen
OPPO F9 lebih murah RM200 sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

Penghujung tahun akan tiba tidak lama lagi, ia adalah masa ramai orang berbelanja untuk menghadapi tahun baru. OPPO Malaysia mahu mengambil peluang ini dengan mengumumkan penurunan harga sebanyak RM200, untuk OPPO F9.

Dari harga asal RM1,399, OPPO F9 kini dijual di Malaysia pada harga RM1,199 sahaja, RM200 lebih murah. Ia merupakan salah satu telefon pakar swafoto dari OPPO, dengan kamera hadapan 25MP berkuasa AI. Bagi kamera belakang, ia dilengkapi dwi-lensa 16MP+2MP untuk tangkapan gambar berefek bokeh.



OPPO F9 memiliki skrin berkeluasan 6.3-inci HD Penuh+, bertakuk kecil bak titisan air. Ia diserikan lagi dengan kemasan belakangnya yang berkilauan seperti berlian.

Di dalam, ia dikuasakan cip MediaTek helio P60, bersama RAM 6GB dan storan dalaman 64GB. Ia memiliki tiga slot kad, membolehkan dua kad sim nano dan satu kad mikroSD digunakan serentak.



Baterinya sebesar 3,500mAh dan menyokong pengecasan pantas VOOC melalui sambungan mikroUSB. Menurut OPPO, 5 minit cas boleh memberikan masa bercakap selama 2 jam.

OPPO Malaysia baru-baru ini turut mengumumkan sokongan e-sim, dan salah satu telefon yang disenaraikan ialah OPPO F9.

Jika berminat untuk membelinya, boleh dapatkan OPPO F9 di Stor OPPO di Lazada dan Shopee dengan pilihan warna Merah, Biru dan Ungu.

Tags: oppoOPPO F9
Najib

Najib

POPULAR

OPPO F9 lebih murah RM200 sekarang

OPPO F9 lebih murah RM200 sekarang

13 December 2018
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN