• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bayar guna eWallet Touch n Go di Mid Valley & The Gardens untuk nikmati pelbagai tawaran & diskaun

  • OLEH Najib
  • 6:42 pm
  • 14/12/2018
  • Komen
Bayar guna eWallet Touch n Go di Mid Valley & The Gardens untuk nikmati pelbagai tawaran & diskaun
Share on FacebookShare on Twitter

TNG Digital hari ini mengumumkan kerjasama dengan pusat membeli-belah terkemuka di Malaysia, Mid Valley Megamall dan jirannya, The Gardens Mall. Kedua-dua pusat membeli-belah ini akan dilengkapi kaedah pembayaran nirtunai menggunakan kod QR, yang dikuasakan oleh eWallet Touch ‘n Go.

TNG Digital mensasarkan untuk melengkapkan lebih 80% kedai dan pengusaha di Mid Valley dan The Gardens, untuk menggunakan kaedah pembayaran kod QR melalui eWallet Touch ‘n Go pada tahun 2019. Dengan cara ini, pengunjung tidak perlu lagi membawa tunai, sebaliknya boleh membeli-belah dengan mudah dan pantas menggunakan telefon pintar sahaja.



Untuk memacu usaha ini, dari 17 hingga 31 Disember 2018, pengunjung Mid Valley dan The Gardens boleh mendapatkan pin tambah nilai RM10 secara percuma, dengan mengunjungi jerayawara di Tingkat 3 Mid Valley (berhampiran Tealive) dan Tingkat 2 The Gardens (berhampiran Starbucks). Tambah nilai ini sah untuk pengguna kali pertama eWallet Touch ‘n Go sahaja, dan ia boleh terus digunakan selepas ditambah nilai ke dalam eWallet. Sejumlah RM4 juta pin tambah nilai eWallet Touch ‘n Go disediakan.

Antara pengusaha yang telah menerima pembayaran nirtunai melalui eWallet Touch ‘n Go adalah 4Fingers, Bath & Body Works, Boost Juice, Caring Pharmacy, Charles & Keith, Chillis, DOME Café, GNC, Haagen Dazs, Love & Co, Mou Tak Ding, MPH Bookstores, Pedro, Poh Kong, Popular Bookstore, Sacoor Brothers, Tealive, Tumi, Jaya Grocer serta banyak lagi.



Beli Tealive RM2.50 dengan eWallet Touch ‘n Go

TNG Digital juga bekerjasama dengan beberapa pengusaha untuk menjalankan promosi bagi menggalakkan lagi penggunan eWallet Touch ‘n Go seperti:

  • Hanya RM2.50 untuk minuman Tealive di cawangan seluruh negara.
  • Diskaun RM5 dengan setiap pembelian minima RM80 di Popular Bookstore di seluruh negara.
  • RM5 untuk setiap scoop di Haagen Dazs.
  • RM1 untuk secawan Air Mata Kucing di Mou Tak Ding; percuma 2,000 cawan hanya pada 14 Disember 2018, stok terhad.
  • Diskaun RM5 di Gindaco Takoyaki.
  • Hanya RM5 untuk pembelian satu bekas kecil dengan satu topping di Llao Llao.
  • Diskaun RM15 untuk semua hidangan utama di Define Food dalam resit yang sama.
  • Kadar tetap RM5 untuk perjalanan ke Mid Valley Megamall & The Gardens Mall dari mana-mana lokasi dengan menggunakan perkhidmatan EzCab.
  • RM6.60 untuk setiap pembelian minuman All Berry Bang, Mango Magic dan Strawberry Squeeze di Boost Juice.

*Tertakluk Terma & Syarat.

TNG Digital kini memiliki 1.8 juta pengguna eWallet berdaftar dan bekerja rapat dengan pelbagai rakan niaga untuk meluaskan lagi penggunaan eWallet mereka.

Untuk maklumat dan perkembangan terbaharu serta terma dan syarat untuk setiap promosi, layari www.tngdigital.com.my dan log masuk ke www.facebook.com/touchngoewallet/. eWallet ini boleh dimuat turun melalui Apple App Store dan Google Play Store.

Tags: TNG DigitalTouch n Go
Najib

Najib

POPULAR

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Bayar guna eWallet Touch n Go di Mid Valley & The Gardens untuk nikmati pelbagai tawaran & diskaun

Bayar guna eWallet Touch n Go di Mid Valley & The Gardens untuk nikmati pelbagai tawaran & diskaun

14 December 2018
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
240319 Cara Elak Telefon Pintar Panas

TIPS: 7 cara perlu buat elak telefon pintar cepat panas (2024)

3 April 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN