fbpx

Samsung Galaxy Note9 Dilengkapi Bateri Gergasi Tahan Lama

Pesanan ikhlas daripada Samsung Malaysia

Dalam ekosistem telefon flagship, agak sukar untuk pengeluar telefon memasukkan bateri bersaiz besar dek kekangan ruang akibat kehadiran komponen-komponen yang lain, tetapi tidak bagi Samsung. Sungguhpun padat dengan teknologi-teknologi terkini, Galaxy Note9 masih mampu memuatkan bateri sebesar 4,000mAh dalam badan kompaknya itu.

Memang sukar untuk pengeluar yang lain menandingi apa yang telah dilakukan Samsung pada Note9. Dengan kuasa 4,000mAh yang terkandung pada badannya, penggunaan telefon sepanjang hari bukan lagi masalah.

Ini bermakna, ruang beg anda tak perlu lagi diisi penuh dengan pek kuasa untuk memastikan telefon anda kekal bertenaga hingga penghujung hari.

Golongan skeptik pastinya ragu-ragu dengan waktu pengecasan yang bakal diambil untuk mengisi kantung bateri sebesar ini. Berfikir selangkah kedepan, Samsung membekalkan blok pengecasan pantas Adaptive Charging yang mampu mengecas penuh bateri kurang dua jam.

Tidak seperti jenama lain, kesemua kelengkapan Adaptive Charging dibekalkan secara percuma di dalam kotak Note9.

Selain dicas melalui port USB-C yang ada di bahagian dagu telefon, Note9 juga mempunyai kaedah mengecas alternatif. Kalau anda nak tahu, telefon ini menyokong piawaian pengecasan tanpa wayar Qi. Dengannya, anda hanya perlu meletakkan telefon di atas permukaan pengecas dan telefon akan mula mengecas.

Untungnya piawaian Qi kerana pengecas jenis ini boleh didapati mudahnya dalam pasaran.

Dengan kehadiran bateri besar dan dua kaedah pengecasan, isu telefon akibat kekurangan tenaga tidak akan timbul pada Galaxy Note9. Hasilnya, produktiviti anda kekal optimum dan tiada masa yang dibazirkan di soket menunggu telefon dicas.

Galaxy Note9 dicipta untuk membolehkan anda melakukan perkara yang lebih besar di mana jua. Ia kini boleh dimiliki bermula dari RM3,699 untuk versi 6GB RAM dan 128GB storan, dan RM4,599 bagi versi terbaik 8GB RAM dan 512GB storan.

BACA  AMD Radeon akan perkasa grafik di dalam cip Samsung Exynos

Untuk maklumat lanjut, sila semak halaman Galaxy Note9 di laman web Samsung Malaysia.