Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

CIMB memaklumkan laman web CIMB Clicks masih selamat

Kekecohan masalah CIMB Clicks di sedang hangat diperkatakan di alam maya. Pagi ini, CIMB Malaysia mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan sistem keselamatan di CIMB Clicks dan penggunaan reCAPTCHA di laman tersebut.

Berikut ialah kenyataan CIMB

CIMB Media Statement
Monday, 17 December 2018

KUALA LUMPUR: CIMB Bank Berhad (“CIMB” or “the Bank”) would like to address recent
social media news on the alleged insecurity of its online banking portal, CIMBClicks. Please
take note that our CIMBClicks system remains secure and all customers’ transactions
continue to be protected.

The bank would like to inform that it had, over the weekend, introduced a few additional
measures to enhance the security of its CIMBClicks transactions. Apart from ensuring that
the system is now able to accommodate passwords longer than eight (8) characters and up
to 20 characters, we have also added the reCaptcha security measure on CIMBClicks to
ensure the user is not a bot.

If you have any queries, please call +60 3 6204 7788.

Secara ringkas, CIMB memaklumkan sistem CIMB Clicks masih selamat dan semua transaksi pengguna masih dilindungi. CIMB baru menaik taraf sistem keselamatan CIMB Clicks pada hujung minggu lepas, antaranya membenarkan kata laluan lebih dari 8 karakter, membolehkan sehingga 20 karakter. CIMB juga baru menambah sistem keselamatan reCAPTCHA untuk memastikan pengguna adalah manusia bukannya bot.

Dari kenyataan ini, CIMB hanya menjawab persoalan tentang penggunaan reCAPTCHA sahaja. Tetapi masalah lebih besar berkenaan transaksi kad debit dan PayPal yang telah terkena kepada ramai pengguna, masih tidak terjawab.

Kami telah menghubungi CIMB tentang masalah ini dan akan memaklumkan pembaca terhadap sebarang balasan dari CIMB.

BACA  Tidak lagi perlu menunggu, lokasi bas Rapid KL kini boleh dikesan di Google Maps

Untuk keselamatan, anda digalakkan untuk mengubah kata laluan, jangan berkongsi TAC dan menukar tetapan CIMB Clicks. Kami berkongsi beberapa caranya di sini.

[Sumber: CIMB]