• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Penggunaan CAPTCHA di CIMB Clicks agak pelik

  • OLEH Najib
  • 1:27 am
  • 17/12/2018
  • Komen
Penggunaan CAPTCHA di CIMB Clicks agak pelik
Share on FacebookShare on Twitter

Perbankan dalam talian memerlukan pengguna menetapkan dua tahap keselamatan. Ia ditambah lagi dengan soalan keselamatan secara rawak.

Tetapi apabila bank menggunakan sistem keselamatan pihak ketiga, ini kelihatan agak pelik. Seperti yang dilakukan CIMB, di laman perbankan dalam talian mereka.



Pengguna CIMB Clicks pada hujung minggu ini mendapati, daftar masuk mereka ke laman web CIMB Clicks memerlukan mereka melepasi sistem keselamatan reCAPTCHA terlebih dahulu. Ia tidak pernah ada sebelum ini.

CAPTCHA adalah satu sistem keselamatan untuk memastikan pengguna adalah manusia sebenar, bukan robot atau arahan automatik sesebuah kod pengaturcaraan. Ia akan memberikan beberapa cabaran yang boleh dilakukan manusia, bukannya mesin atau bot.



Antaranya seperti menaip semula perkataan yang dipaparkan, atau memilih objek tertentu di dalam gambar.

CAPTCHA biasanya digunakan untuk menghalang cubaan penggodam yang cuba mendaftar masuk secara ‘brute-force’, dengan mencuba jutaan perkataan sehingga berjaya, atau serangan DDoS yang cuba melumpuhkan sesuatu laman web.

Persoalan mengapa CIMB Clicks memperkenalkan CAPTCHA di laman web mereka, dijawab menerusi twitter. Ia untuk mengesahkan pengguna adalah manusia sebenar, bukan bot.

Pengguna perbankan dalam talian dinasihat untuk menggunakan kata laluan yang kompleks dan panjang. Jika ada sebarang transaksi meragukan, segera hubungi bank untuk kepastian.

Tags: appscimbCIMB Clicksmobile bankingmobile payments
Najib

Najib

POPULAR

Penggunaan CAPTCHA di CIMB Clicks agak pelik

Penggunaan CAPTCHA di CIMB Clicks agak pelik

17 December 2018
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN