• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Digantung kerja hanya kerana komen di media sosial

  • OLEH Najib
  • 5:33 pm
  • 18/12/2018
  • Komen
Digantung kerja hanya kerana komen di media sosial
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang pekerja Honda telah digantung kerjanya kerana menulis komen yang tidak sesuai berkenaan kematian ahli bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang diserang semasa rusuhan di kuil di Subang bulan lepas.

Caryn Yean, menulis komen di Facebook iaitu, “Bkn kerajaan gagal…tuhan u yg gagal xsembuhkan adib” sebagai satu cara yang dilihat cuba mempertahankan kerajaan dari disalahkan atas kematian Adib. Orang ramai yang telah merakam komen tersebut, menyebarkannya di media sosial dan mengecam kelakuan beliau.



if edy rejang kena fired, why not this amoi? go go bro sis..honda, the power of dreams pic.twitter.com/KLFnAqxBeJ

— SNJ (@godmisfit) December 18, 2018

Melihatkan kecaman demi kecaman yang tular di media sosial, tempat bekerja Caryn Yean iaitu Honda Sri Utama Auto Malaysia, telah mengeluarkan kenyataan di Facebook mereka dengan meminta maaf di atas komen Caryn yang tidak sensitif terhadap kematian Adib. Mereka telah menggantung Caryn dari kerja dan menjalankan siasatan dalaman.

Perkara ini dikongsi juga oleh Honda Malaysia di Facebook dan menambah, mereka akan menghantar memo ke semua pengedar Honda untuk memberi peringatan dan latihan agar pekerja mereka lebih berhati-hati dan mengambil langkah yang tepat.



Sebelum ini, telah berlaku satu kes di mana seorang lelaki memarahi perempuan yang mengedarkan arak di dalam supermarket. Warga maya telah mengecam kelakuan tersebut dan mencari maklumat berkenaan tempat kerjanya. Majikan beliau kelihatan tunduk kepada tekanan warga maya dan bertindak memberhentikan pekerja lelaki tersebut. Keesokan harinya, lelaki tersebut meminta maaf secara terbuka di internet dan menyesal atas kelakuannya.

Internet telah menjadi medan yang sukar dibendung keadaannya. Perkara yang berlaku di alam maya, boleh memberi kesan dalam kehidupan seharian di alam realiti, seperti diberhentikan kerja hanya kerana menulis komen di Facebook.

Oleh itu, berhati-hati dalam apa jua yang dikongsikan di internet, hatta menekan Like atau berkongsi berita yang tidak disahkan kebenarannya. Kerana kelak ia mungkin akan kembali menghantui hidup anda.

[Sumber: MalayMail]

Tags: honda
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Digantung kerja hanya kerana komen di media sosial

Digantung kerja hanya kerana komen di media sosial

18 December 2018
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN