• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Usaha 13 Tahun Square Enix Hampir Musnah Akibat Lanun Bocorkan Kingdom Hearts 3

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:19 pm
  • 18/12/2018
  • Komen
Usaha 13 Tahun Square Enix Hampir Musnah Akibat Lanun Bocorkan Kingdom Hearts 3
Share on FacebookShare on Twitter

Kebocoran produk sebelum tarikh pelancaran sebenar bukanlah perkara yang luar biasa. Tapi untuk francais Kingdom Hearts 3, ia adalah sesuatu yang amat ditakuti. Tidak seperti yang lain, Kingdom Heart 3 dengan prekuelnya adalah berjarak 13 tahun dan pastinya peminat permainan ini tidak mahu penantian ini dimusnahkan oleh lanun-lanun.

Kira-kira 6 minggu sebelum dilancarkan, terdapat pihak yang tak bertanggung-jawab mula menjual salinan fizikal Kingdom Heart 3 pada harga USD100 (RM 417.53).



30 copies of Kingdom Hearts 3 were stolen from a distribution center in North Carolina and were posted for sale on Facebook Marketplace for $100/ea.

Beware of spoilers! pic.twitter.com/662aawyFr8

— Andrew Alerts (@AndrewAlerts) December 15, 2018

Ia sudah tentu membangkitkan kemarahan pengguna seluruh dunia. Suspek sudahpun dikenal pasti dan laporan kepada pihak berkuasa sudahpun dilakukan.

Di pihak Square Enix, penerbit Tetsuya Nomura ambil maklum tentang isu tersebut dan memberitahu melalui Twitter rasmi Kingdom Heart bahawa permainan yang bakal mereka main nanti adalah tak lengkap. Square Enix tidak menyertakan bahagian epilog dan video rahsia bersama-sama salinan fizikal untuk tujuan membendung isu seperti ini.



An important message for #KingdomHearts III from Director Tetsuya Nomura: pic.twitter.com/j9aVRFTS5B

— KINGDOM HEARTS (@KINGDOMHEARTS) December 16, 2018

Kingdom Hearts hadir pada konsol PlayStation 2 pada tahun 2002 dan sekuelnya pada tahun 2005. Kingdom Hearts III, walaupun diumumkan pada tahun 2013, ia berdepan dengan beberapa kekangan.

Contohnya, pihak pembangun berkeputusan untuk berpindah ke enjin permianan Unreal Engine 4 selepas setahun permainan itu dibangunkan menyebabkan kegendalaan yang teruk.

Kingdom Hearts III akan hadir di PlayStation 4 dan Xbox One pada 25 Januari 2019.

[Sumber: IGN]

Tags: gameskingdom heartskingdom hearts 3square enix
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Usaha 13 Tahun Square Enix Hampir Musnah Akibat Lanun Bocorkan Kingdom Hearts 3

Usaha 13 Tahun Square Enix Hampir Musnah Akibat Lanun Bocorkan Kingdom Hearts 3

18 December 2018
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

1 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN