• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PLUS akan teruskan Program RFID walau dihalang CIMB

  • OLEH Najib
  • 1:29 pm
  • 19/12/2018
  • Komen
PLUS akan teruskan Program RFID walau dihalang CIMB
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam, pemilik syarikat Touch ‘n Go iaitu CIMB Group, telah memfailkan notis timbang tara terhadap PLUS kerana melancarkan sistem RFID sendiri. Menurut CIMB, ia melanggar perjanjian usaha sama yang ditandatangani pada 1998 dan CIMB sedang mendapatkan perintah injunksi untuk menghentikan PLUS dari meneruskan usaha mereka memperkenalkan sistem RFID.

Hari ini, PLUS memaklumkan telah menerima notis timbang tara tersebut tetapi menyatakan tidak akan memberhentikan inisiatif RFID yang telah mereka jalankan.



Dalam kenyataan tersebut, PLUS percaya program perintis PLUS RFID akan memberi lebih pilihan kepada rakyat, di samping memudahkan pengguna untuk membayar melalui kad debit dan kredit. Ia merupakan tambahan kepada dompet elektronik atau e-wallet dan pilihan mod prabayar yang disediakan Touch ‘n Go.

Tambah PLUS lagi, pilihan mod prabayar dan e-wallet Touch ‘n Go kekal sebagai salah satu pilihan dalam program perintis PLUS RFID. Jadi PLUS percaya, mereka tidak melanggar sebarang perjanjian.



Pihak PLUS akan mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi tujuan penyediaan prosiding timbang tara tersebut.

PLUS telah memulakan program perintis awam PLUS RFID pada 15 Disember lepas, di empat lokasi plaza tol di Pulau Pinang dan Kedah. Sistem RFID PLUS boleh dipautkan terus ke kad debit atau kredit, tanpa memerlukan penggunaan e-wallet berasingan. Malah, PLUS memberikan diskaun 20% untuk penduduk dan pekerja di Pulau Pinang yang menggunakan jambatan Pulau Pinang.

[Sumber: PLUS]

Tags: cimbplusrfidTouch n Go
Najib

Najib

POPULAR

PLUS akan teruskan Program RFID walau dihalang CIMB

PLUS akan teruskan Program RFID walau dihalang CIMB

19 December 2018
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN