• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPad Pro bengkok sedikit adalah perkara biasa ujar Apple

  • OLEH Najib
  • 1:13 pm
  • 20/12/2018
  • Komen
iPad Pro bengkok sedikit adalah perkara biasa ujar Apple
Share on FacebookShare on Twitter

Tablet terbaru dan terbaik Apple, iPad Pro generasi kedua telah berada di pasaran sejak bulan lepas. Ia juga telah mula jual di Malaysia.

iPad Pro yang baru ini datang dengan pilihan skrin 11-inci dan 12.9-inci. Ia dipasang ke dalam badan aluminium dengan ketebalan hany 5.9mm sahaja.



Tetapi ramai pembeli telah mengadu, iPad Pro yang tiba ke tangan mereka sedikit bengkok di badannya. Dan Apple mengatakan, bengkok di badan iPad Pro ini adalah perkara biasa.

TheVerge



Perkara ini disahkan oleh Apple menerusi jawapan mereka kepada The Verge. Tambah Apple lagi, ia adalah kesan sampingan semasa proses penghasilan peranti dan ia tidak akan menjadi lebih teruk di masa akan datang. Ia juga tidak akan memberi kesan kepada prestasi peranti.

Kerana itu, Apple tidak memandang masalah ini sebagai satu kecacatan.

Kesan bengkok ini adalah hasil dari proses penyejukan yang melibatkan komponen besi dan plastik pada iPad Pro. Ia boleh dilihat pada kedua-dua saiz skrin, 11-inci dan 12.9-inci.

Ramai orang pada mulanya menganggap, iPad Pro mereka mula membengkok kerana penggunaan harian mereka seperti meletakkannya di dalam beg, atau tertekan semasa dipegang. Kerana itu, ada yang menyangka ia akan menjadi lebih teruk untuk kegunaan berterusan di masa depan. Tetapi ada yang menemui kesan bengkok ini sebaik sahaja iPad Pro mereka keluar dari kotak buat pertama kalinya.

MacRumors

Jangan pula anda samakan masalah bengkok iPad Pro ini dengan ujian bengkok yang dilakukan oleh Jerry Rig Everything. Ini kerana Jerry menggunakan kekerasan untuk membengkokkan iPad Pro tersebut, sesuatu yang tidak akan pengguna lakukan dan perkara yang sangat jarang ditemui akan berlaku.

Kepada pengguna iPad Pro di Malaysia, adakah anda berhadapan masalah yang sama?

iPad Pro 2018 telah dijual di Malaysia dan boleh dibeli dari serendah RM3,499 untuk model 11-inci, dan RM4,349 untuk skrin 12.9-inci.

[Sumber: TheVerge]

Tags: appleipadipad pro
Najib

Najib

POPULAR

iPad Pro bengkok sedikit adalah perkara biasa ujar Apple

iPad Pro bengkok sedikit adalah perkara biasa ujar Apple

20 December 2018
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN