Kerjasama Digi dan CIMB tawar pelan khas dengan telefon pintar percuma

Digi dan CIMB mengumumkan satu kerjasama untuk memberi lebih nilai kepada pengguna. Pelbagai tawaran istimewa dan eksklusif, serta produk dan perkhidmatan yang direka khas boleh dinikmati pengguna menerusi kerjasama ini.

Inisiatif pertama yang diumumkan dalam kerjasama ini ialah program CIMB Preferred and Digi Postpaid Preferred. Program ini eksklusif untuk pemegang kad CIMB Preferred Visa INFINITE sahaja.

Pengguna CIMB yang layak, boleh mendapatkan salah satu dari telefon pintar flagship bersama tawaran pelan Digi Postpaid Preferred. Sama ada iPhone XS 64GB ataupun Samsung Galaxy Note9 bersama Galaxy A6+. Tawaran ini berakhir pada 28 Februari 2019.

Melalui program ini, pengguna hanya perlu membayar RM288 sebulan, selama 24 bulan. Tiada wang pendahuluan atau deposit diperlukan. Pelan ini juga memberikan panggilan tanpa had, 200GB kuota internet, serta perayauan data 5GB dan panggilan IDD 60 minit di 10 negara.

Pelan ini turut membenarkan pengguna berkongsi panggilan dan kuota internet sesama keluarga menerusi talian tambahan, dengan kadar RM38 sebulan setiap talian sehingga 6 talian. Pelanggan juga akan dinaik taraf ke peringkat Platinum di Digi Reward.

Pelanggan yang berminat, boleh mendaftar program ini menerusi laman web digi.my/cimbpreferred. Penghantaran telefon pintar yang dipilih, akan dibuat dalam masa 1 ke 3 hari bekerja menerusi penghantaran keutamaan. Mereka yang mendaftar untuk pembayaran bil AutoPay pula, akan menerima diskaun 5% selama 6 bulan.

Bagi menarik minat lebih banyak pendaftaran, sebanyak 20 pelanggan bertuah dalam program ini akan dipilih untuk menerima pengecualian bil selama 1-tahun.

Lebih banyak maklumat berkenaan program, serta pendaftaran pelan, boleh dirujuk di laman web digi.my/cimbpreferred.

 

BACA  Nokia akan hasilkan peranti dengan skrin berlubang?
Share