• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OPPO benarkan pengeluar lain guna pengecas kilat VOOC & SuperVOOC

  • OLEH Najib
  • 10:38 am
  • 28/12/2018
  • Komen
OPPO benarkan pengeluar lain guna pengecas kilat VOOC & SuperVOOC
Share on FacebookShare on Twitter

OPPO baru-baru ini mengumumkan semasa Hari Terbuka Pengecas Kilat SuperVOOC di Shanghai, di mana mereka akan melesenkan secara rasmi pengeas kilat VOOC dan SuperVOOC ciptaan OPPO. Sehingga kini, sudah lebih 100 juta peranti OPPO diedarkan di seluruh dunia dengan teknologi pengecas kilat VOOC.

OPPO telah menandatangani perjanjian lesen paten VOOC bersama enam penghasil cip dan terminal. Dengan perjanjian ini, ia akan memacu industri pengecas kilat dan membolehkan ekosistem pengecas kilat VOOC digunakan rakan industri untuk menghasilkan peranti bersama pengecas kilat dengan lebih meluas.



Pengecas kilat OPPO VOOC ialah pengecas dengan kuasa sehingga 5V/4A atau 20W. Tetapi ia memerlukan sokongan teknologi VOOC pada peranti, kabel dan kepala pengecas.

Manakala teknologi SuperVOOC pula, boleh menghasilkan tenaga sehingga 10V/5A ataupun 50W. Ia adalah teknologi pengecasan kilat paling pantas masakini. Buat masa ini, ia terdapat di telefon pintar OPPO Find X Lamborghini Edition dan OPPO R17 Pro sahaja.



Pengecas kilat SuperVOOC menampilkan teknologi mengecas dan menyahcas yang efisyen. Ia adalah gabungan beberapa teknologi terkini seperti bateri dwi-sel, sel 3C dan algoritma VFC yang meningkatkan kadar mengecas. Ia juga menepati standard militari bersama lima teras pelindungan pintar, bagi memastikan ia selamat dan diyakini penggunaannya.

SuperVOOC juga lulus ujian keselamatan ketat oleh TÜV Rheinland dari Jerman, yang menjalankan lebih 1,000 jenis ujian, serta 600 ujian daya tahan mengecas dan menyahcas oleh pihak ketiga, termasuk 10,000 ujian mengecas di terminal mengecas.

Dengan keterbukaan ini, OPPO boleh menyaingi teknologi pengecasan kilat Qualcomm yang banyak digunakan pengeluar lain, kerana ia terbina di dalam kebanyakan cip pemproses Snapdragon. Tetapi populariti OPPO yang kian meningkat di pasaran antarabangsa pasti dapat membantu ia meluaskan lagi penggunaan pengecas kilat VOOC dan SuperVOOC kelak.

Tags: opposupervoocvooc
Najib

Najib

POPULAR

OPPO benarkan pengeluar lain guna pengecas kilat VOOC & SuperVOOC

OPPO benarkan pengeluar lain guna pengecas kilat VOOC & SuperVOOC

28 December 2018
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN