• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OPPO Find X Ini Miliki Keupayaan Mengecas Sepantas Lamborghini

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:54 am
  • 20/06/2018
  • Komen
OPPO Find X Ini Miliki Keupayaan Mengecas Sepantas Lamborghini
Share on FacebookShare on Twitter

OPPO Find X selamat dilancarkan sebentar tadi di Perancis. Selain dengan rekaan radikal Find X, mereka turut melancarkan satu lagi Find X edisi istimewa iaitu OPPO Find X Automobili Lamborghini Edition.

Ya, edisi biasa dan istimewa ini berkongsi sejumlah komponen yang sama seperti:



  • CPU Snapdragon 845
  • RAM 8GB
  • Storan 256GB
  • Paparan Panoramic Arc
  • Rekaan kaca bercerun
  • Kamera Stealth 3D
  • Pengimbas wajah O-Face
  • Kamera depan 25MP
  • Dwikamera yang diperkasa AI

Tapi, ada satu ciri unik pada Find X edisi Lamborghini yang tiada pada model yang lain. Ia adalah pada kehadiran SuperVOOC, satu penyelesaian pengecasan super pantas daripada OPPO.

OPPO Find X edisi Lamborghini memiliki bateri sebesar 3,400mAh. Menggunakan pengecasan konvensional 5V/1A, bateri pada telefon itu dicas penuh dalam tempoh lebih 200 minit. pengecas 5V/2A mengambil sekitar 113 minit, manakala VOOC pula mengambil masa 90 minit.



Tetapi SuperVOOC mengambil masa 35 minit saja, hampir 16 kali ganda lebih pantas daripada biasa.

SuperVOOC adalah sebuah teknologi pengecasan super pantas, lebih pantas daripada Dash Charge OnePlus yang selama ini dianggap sebagai penyelesaian terpantas ketika ini. Diperkenalkan semasa MWC 2016, ia mampu mengecas bateri 2,500mAh daripada 0% ke 100% dalam masa hanya 15 minit saja.

Sungguhpun begitu, ia bertentangan dengan SuperVOOC yang dilancarkan pada 2016 yang lalu. Hal ini kerana, pada Find X, mereka memaklumkan yang ia menggunakan 10V/5A (50W) untuk mengecas, sedangkan hanya 5V digunakan pada SuperVOOC yang asal.

Antara manfaat penggunaan voltan rendah adalah seperti:

  • Penggunaan voltan rendah menjanjikan persekitaran mengecas lebih selamat.
  • Suhu peranti lebih sejuk ketika dicas dek penggunaan voltan rendah.
  • Pengguna tiada masalah untuk menggunakan telefon semasa mengecas kerana tahap keselamatan yang tinggi.

10V adalah tahap voltan yang hampir menyamai sebuah bateri kereta (12V). Adakah SuperVOOC ini selamat? Sama-sama kita tunggu dan lihat.

OPPO Find X edisi Lamborghini dijual pada harga EUR 1,699 (~RM 7,882).

Tags: harga oppo find XoppoOPPO Find Xoppo find X malaysiaoppo find X murahOPPO Malaysiapelancaran oppo find Xreview oppo find Xspesifikasi oppo find Xtempahan oppo find X
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Hanya tablet yang boleh berhubung terus dengan telefon layak digelar tablet terbaik

Cara kerja moden lebih maju menggunakan tablet generasi baru

15 September 2023
Guna cara moden ini untuk dapatkan tidur berkualiti dan gaya hidup sihat

Guna cara moden ini untuk dapatkan tidur berkualiti dan gaya hidup sihat

15 September 2023
Xiaomi 13T, telefon termurah dengan kamera Leica & kalis air IP68

Xiaomi 13T Pro tiada lagi Snapdragon, telefon 1TB pertama Xiaomi dan dijamin kemaskini 5 tahun

26 September 2023
OPPO Find X Ini Miliki Keupayaan Mengecas Sepantas Lamborghini

OPPO Find X Ini Miliki Keupayaan Mengecas Sepantas Lamborghini

20 Jun 2018
Kerajaan hulur pelbagai bantuan kepada penghuni PPR di bawah Belanjawan 2023 antaranya Internet percuma, kelas pemulihan dan pembaikan lif

Kerajaan hulur pelbagai bantuan kepada penghuni PPR di bawah Belanjawan 2023 antaranya Internet percuma, kelas pemulihan dan pembaikan lif

2 Ogos 2023
Kenapa masih guna 4G, kalau 5G lebih berbaloi dan ada telefon PERCUMA?

Kenapa masih guna 4G, kalau 5G lebih berbaloi dan ada telefon PERCUMA?

9 September 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER