• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OPPO Find X tak perlu takuk untuk miliki bingkai paling nipis

  • OLEH Najib
  • 6:31 pm
  • 19/06/2018
  • Komen
OPPO Find X tak perlu takuk untuk miliki bingkai paling nipis
Share on FacebookShare on Twitter

Masih ada beberapa jam lagi sebelum OPPO Find X dilancarkan, tetapi berita penuh tentangnya telahpun terdedah. Seperti yang tersebar sebelum ini, Find X adalah telefon pintar flagship OPPO dengan teknologi serba baru di telefon pintar.

Perkara ini didedahkan oleh The Verge yang dilihat telah menggunakan OPPO Find X beberapa hari lebih awal. Mereka berkongsi banyak perkara yang telah mereka cuba sendiri di OPPO Find X.



Paling menarik di Find X adalah kedudukan dwi-kamera belakangnya serta kamera hadapan yang tersorok di dalam badan telefon. Apabila aplikasi kamera dibuka, bahagian atas telefon akan ditolak keluar dan memperlihatkan kamera hadapan 25MP bersama sistem pengimbas wajah 3D, serta dwi-kamera belakang 20MP+16MP.

Apabila aplikasi kamera ditutup, bahagian atas ini akan tertutup sendiri dan masuk semula ke dalam badan telefon. OPPO menyatakan ia boleh dikeluarkan dalam masa 0.5 saat.



Skrin OPPO Find X juga menakjubkan. Ia memiliki nisbah skrin ke badan sebanyak 92.25%, paparan OLED berukuran 6.4-inci, resolusi FHD+ dan melengkung di kedua belah sisi. Paling penting, ia tidak memiliki takuk langsung di dahi, hasil teknologi canggih ruang kamera yang boleh disimpan.

Mungkin kerana rekaan sebegini, membuatkan OPPO Find X tidak dapat memuatkan pengimbas capjari fizikal padanya, tiada juga pengimbas capjari atas skrin seperti Vivo X21. Kerana itu ia memiliki sistem pengimbas wajah 3D di sebelah kamera hadapan, berfungsi seperti Apple Face ID di iPhone X.

Selain kecanggihan ini, OPPO Find X memiliki spesifikasi berrtahap flagship padanya. Ia menggunakan cip pemproses Snapdragon 845, RAM sebanyak 8GB dan storan dalaman 256GB. Baterinya sebesar 3,730mAh dan ia masih menggunakan pengecasan pantas OPPO VOOC, bukannya Super VOOC seperti yang dicanang sebelum ini. Cuma, OPPO akhirnya beralih ke sambungan USB-C, bukan lagi mikroUSB.

OPPO turut mengorbankan port audio 3.5mm pada Find X. Hanya satu speaker terdapat padanya, yang terletak di bahagian bawah telefon bersama dulang kad sim. Sistem operasi Color OS pasti digunakan dan ia berasaskan Android 8.0 Oreo.

Sekali lagi OPPO membuktikan mereka boleh menghasilkan inovasi luar biasa, yang tidak dilakukan oleh pengeluar telefon pintar yang lain. Find X pasti menjadi telefon pintar yang akan diperkatakan ramai sepanjang tahun ini.

Tetapi bagaimana pula dengan harganya? OPPO dijangka akan mengumumkan harga dan tarikh jualan Find X dalam pengumumannya di Paris pagi ini. Tanda harganya mungkin di bawah flagship jenama lain. Begitulah harapnya.

[Sumber: The Verge]

Tags: Find XoppoOPPO Find X
Najib

Najib

POPULAR

Tahu tak, telefon siri Galaxy A ada kecerdasan pintar seperti Jarvis?

29 Mac 2023
Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
OPPO Find X tak perlu takuk untuk miliki bingkai paling nipis

OPPO Find X tak perlu takuk untuk miliki bingkai paling nipis

19 Jun 2018
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
Redmi Note 12 diperkasa dua cip baharu Snapdragon pada harga patut

Redmi Note 12 diperkasa dua cip baharu Snapdragon pada harga patut

25 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER