3 hadiah misteri untuk penonton majlis pelancaran OPPO Find X

OPPO akan melancarkan telefon pintar flagship terbaru mereka, Find X di Paris pagi esok pada jam 2.45am waktu Malaysia. Untuk itu, OPPO mahu rakyat Malaysia turut sama menyertai majlis pelancaran ini dengan menyediakan hadiah misteri.

Majlis pelancaran OPPO Find X ini boleh ditonton secara langsung menerusi saluran YouTube OPPO Global ataupun di Facebook Page OPPO Malaysia.

Peminat OPPO di Malaysia berpeluang memenangi salah satu dari 3 hadiah misteri bernilai RM149 yang disediakan OPPO Malaysia. Caranya ialah dengan menonton dan berkongsi post Facebook OPPO Malaysia, tetang strim siaran langsung majlis pelancaran Find X.

Perkongsian post Facebook ini perlu dibuat sebelum jam 9 pagi esok, 20 Jun 2018. Bersama perkongsian ini, tag bersama 3 orang kawan dan pastikan status ditetapkan Public.

OPPO Find X menandakan kembalinya siri Find yang menjadi flagship sebenar OPPO sebelum ini. Dalam beberapa petunjuk yang dikongsi, ia memiliki spec tertinggi seperti cip Snapdragon 845, 8GB RAM serta 256GB storan, dan dikhabarkan akan datang dengan teknologi baru seperti pengecas Super VOOC dan kamera berzum optikal 5x.

Terdapat satu iklan di China dikatakan memperlihatkan sedikit rupa OPPO Find X. Telefon ini dilihat tidak memiliki takuk di dahi, tetapi memiliki nisbah skrin ke badan setinggi 93.8%. Perkara ini dicapai dengan menyembunyikan kamera di depan dan kamera belakang, yang dikeluarkan dengan meluncurkan badan telefon.

Nampak seperti banyak kejutan yang akan dibawakan OPPO Find X ini. Jika anda berjaga pagi nanti, adakah anda akan memilih untuk menonton perlawanan Piala Dunia antara Rusia dan Mesir, ataupun pelancaran Find X ini? Jangan lupa berkongsi post Facebook OPPO untuk peluang menang hadiah misteri.