Pesanan ikhlas dari Huawei Malaysia.
Ekosistem Huawei dalam produk elektronik kelas pengguna amatlah luas, terutamanya dalam produk kegunaan harian. Mereka ada telefon, peranti boleh pakai, dan juga yang terbaru, komputer. Walaupun berlainan kategori, mereka semua bergerak dalam keadaan harmoni saling melengkapi antara satu sama lain.
Dengan gabungan pelbagai produk Huawei, hidup anda juga boleh menjadi lengkap tambah-tambah lagi sekiranya anda seorang jurugambar. Tiga produk serangkai yang pastinya melancarkan proses fotografi anda ialah:
- Huawei Mate 20 Pro
- Huawei Watch GT
- Huawei Matebook X Pro
Huawei Mate 20 Pro
Huawei melengkapkan flagship terbaru mereka dengan segala yang terbaik. Mate 20 Pro adalah sebuah mahakarya Huawei yang sarat dengan ciri-ciri yang boleh dimanfaatkan oleh bukan saja golongan professional, malahan golongan power user yang memerlukan sebuah peranti mudah alih yang berkeupayaan tinggi.
Salah satu golongan yang Mate 20 Pro boleh angkat ke tahap yang seterusnya adalah jurugambar. Kelengkapan pengimejan pada kamera ini sekurang-kurangnya sama hebat dengan kamera dedikasi seperti DSLR.
Terus dari dalam poket, anda ada sebuah kamera versatil yang mampu sesuaikan dirinya dalam setiap keadaan tempatnya berada. Huawei Mate 20 Pro dilengkapi tiga jenis lensa yang menjalankan fungsi khusus dan mereka ialah:
- Kamera wide angle sesuai untuk fotografi bergenre panorama ataupun seni bina yang memerlukan anda memasukkan sebanyak mungkin subjek dalam farming
- Kamera biasa sesuai untuk jurugambar jalanan yang ingin merakamkan detik-detik manis keadaan sekeliling
- Kamera telefoto sesuai untuk cakupan yang lebih jauh seperti hidupan liar yang sensitif dengan kehadiran anda
Walau bagaimanapun, kesemuanya tidak bermakna tanpa bekalan kuasa yang cukup. Oleh sebab itu, Huawei memberikan bateri berkapasiti 4,200 mAh pada Mate 20 Pro. Daripada perspektif sebuah flagship, kapasiti setinggi itu memang mengagumkan.
Berfikir selangkah kehadapan, Huawei turut mengambil kira pengalaman pengguna mengisi semula bateri sebesar ini. Maka, Huawei turut membangunkan sistem pengecasan pantas dengan ciri-ciri keselamatan yang memenuhi piawaian TÜV Safe.
Ditambah baik daripada sistem pengecasan mereka generasi terdahulu, sistem SuperCharge terbaru mereka mengepam masuk 40 watt tenaga ke dalam bateri. Menggunakannya, 70% bateri boleh diisi dalam masa cuma 30 minit saja dan mengecas penuh bateri mengambil masa kurang daripada 60 minit.
Terlupa bawa pengecas? Cari saja mana-mana pad pengecas wayarles yang menyokong piawaian Qi dan mula mengecas tanpa masalah.
Selain memberi manfaat pada pemiliknya, Mate 20 Pro juga memberi manfaat pada orang disekelilingnya. Fungsi Reverse Charge yang diselit padanya boleh menukarkan telefon ini menjadi sebuah pad pengecas wayarles. Jadi, Mate 20 Pro boleh berkongsi tenaga bateri dengan mana-mana telefon yang turut menyokong piawaian pengecasan wayarles Qi.
Huawei Watch GT
Huawei merevolusikan arena peranti boleh pakai dengan kehadiran Watch GT. Ia mensasarkan untuk menyelesaikan masalah yang membelengu peranti boleh pakai iaitu hayat bateri. Sekiranya anda miliki sebuah Mate 20 Pro, jangan lupa untuk mendapatkan Watch GT sebagai pelengkapnya.
Huawei Watch GT mampu memberikan waktu penggunaan sehingga 2 minggu lamanya, sesuatu yang hampir mustahil untuk sebuah gajet dalam kelasnya.
Kecekapannya pengawal selia penggunaan tenaga memberikat waktu penggunaan seperti berikut:
- 2 minggu dengan fungsi menjejak denyutan nadi serta
- 1 bulan jika ia hanya bertugas untuk memberitahu masa
- 22 jam apabila fungsi menjejak GPS dihidupkan terus menerus
Dengan hayat bateri yang sebegitu lama, pengguna boleh terima manfaat daripada pelbagai fungsi yang ada pada Watch GT.
Paling ketara adalah mengetahui masa daripada paparan AMOLED sebesar 1.39″ dengan resolusi 454 × 454. Bukan sahaja masa, maklumat daripada telefon seperti email, janji temu, dan sebagainya boleh diperoleh segera di pergelangan tangan dengan mudah.
Sekiranya anda membawa jam ini untuk treking di dalam hutan, anda tak perlu risau kehilangan jejak kerana Watch GT dilengkapi sensor GPS yang menerima isyarat daripada tiga kumpulan satelit geolokasi (GPS, GLONASS, dan GALILEO).
Tambah menarik, data geolokasi yang dipungutnya boleh ditambat pada gambar yang anda ambil menggunakan Mate 20 Pro agar anda tak terlupa lokasi gambar itu diambil sekiranya anda ingin kembali ke sana selepas puluhan tahun untuk mengimbau kenangan lalu.
Pada bahagian belakang badan jam ada pula pengimbas denyutan nadi HUAWEI TruSeen 3.0. Menggunakannya, jam akan merekodkan dengan tepat dan masanya, tahap kecergasan anda menggunakan algoritma yang dibangunkan HUAWEI sendiri.
Segala data akan direkod dan dipersembahkan dalam cara mudah difahami agar anda boleh merancang aktiviti anda yang seterusnya berdasarkan tahap kecergasan anda.
Segala komponen canggih yang melengkapi Huawei Watch GT ini dilindungi badan yang tahan lasak. Ia mampu menahan tekanan air sehingga 5 ATM yang bermakna tiada masalah sekiranya anda membawa jam tangan ini berenang di kolam renang, apatah lagi jika anda terpaksa menempuhi hujan lebat.
Huawei Matebook X Pro
Hasil gambar daripada Mate 20 Pro sudah cukup menawan untuk dikongsikan dengan rakan-rakan. Tapi ada ketikanya anda perlu menyuntik sedikit kekreatifan pada gambar dengan cara melakukan penyuntingan.
Untuk itu, Matebook X Pro boleh memenuhi keperluan itu . Dengan produk ini, anda beroleh satu pengalaman penyuntingan gambar yang lebih komprehensif melalui skrin besar, sistem pengkomputeran berkuasa tinggi, serta bantuan input daripada tetikus dan papan kekunci fizikal.
Matebook X Pro adalah sebuah laptop konvesional yang menerima sentuhan magis Huawei. Yang pertama adalah pada paparan peka sentuhan berbingkai nipis yang dimilikinya. Padanya, terdapat 6 juta piksel dipadankan dalam panel paparan 13.9”.
Untuk kerja yang memerlukan panel paparan yang jitu penghasilan warnanya, panel paparan Matebook X Pro mencakupi 100% spektrum warna sRGB. Hal ini bermakna, tiada warna yang akan disalahtafsirkan oleh paparan.
Aliran kerja anda pastinya lancar apabila menggunakan Matebook X Pro. Mana tidaknya, komputer ini dilengkapi CPU terkini Intel Core generasi ke-8 bersama-sama GPU dedikasi dan RAM sehingga 16GB.
Kesemua kelengkapan canggih ini dikuasakan bateri berkapasiti 57 Wh. Untungnya jika anda menggunakan Matebook X Pro adalah kelengkapan pengecas laptop ini turut boleh digunakan untuk mengecas Mate 20 Pro.
Kedua-dua produk Huawei ini menggunakan USB-C untuk menerima kuasa dan blok pengecas yang disertakan cukup pintar untuk mengawal selia jumlah tenaga yang dialirkan berdasarkan peranti yang disambung padanya.
Tiga Sekawan Huawei
Huawei Mate 20 Pro, Watch GT, dan Matebook X Pro adalah tiga produk dalam kategori yang tersendiri. Namun begitu, mereka mempunyai kesinambungan dalam kalangan mereka dan manfaatnya boleh dinikmati sesiapa saja yang menggunakannya.
Mate 20 Pro bertindak sebagai mata-mata, mengumpul gambar terus daripada komponen penimejan supercanggihnya. Watch GT selaku penjaga masa dan pastikan pemakainya lebih terurus. Akhir sekali Matebook X Pro melakukan semua kerja-kerja berat yang tak mampu dilakukan dua rakannya yang lain.
Jika anda berminat untuk mendapatkan tiga sekawan ini, harganya adalah seperti berikut:
- Huawei Mate 20 Pro dijual pada harga bermula RM3,599
- Huawei Watch GT dijual pada harga bermula RM899
- Huawei Matebook X Pro dijual pada harga bermula RM4,999
Kesemua produk Huawei boleh dibeli secara dalam talian di laman webdan anda boleh mengikuti rapat berita-berita berkaitan Huawei di laman sosial mereka.