• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Isyarat Telco Lemah Melanda KLIA Untuk Tiga Bulan Yang Akan Datang

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:43 am
  • 02/01/2019
  • Komen
Isyarat Telco Lemah Melanda KLIA Untuk Tiga Bulan Yang Akan Datang
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda sering menggunakan KLIA sebagai laluan perjalanan, anda mungkin perlu bersiap-sedia kerana cakupan isyarat telefon dalam premis itu bakal terganggu untuk beberapa bulan yang akan datang.

Hal ini disebabkan, pihak pengendali KLIA/KLIA2, Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) sedang giat menambah baik infrastruktur pemancar isyarat selular dalam lapangan terbang terbesar di Malaysia itu.



Menurut TheStar Online, MAHB dipercayai telah menukar kontraktor, daripada Skai Network Sdn. Bhd. kepada edotco Group untuk menyediakan penyelesaian isyarat selular di dalam banggunan. Walau bagaimanapun, menurut sumber, kesilapan terbesar mereka adalah memadamkan terus infrastruktur lama untuk memulakan proses pemasangan infrastruktur baru.

Ia dilihat menjejaskan ribuan pengguna tidak kiralah pada pihak penumpang ataupun syarikat penerbangan yang bergantung kepada Internet selular untuk berkomunikasi.



Dalam satu pengumuman, MAHB ada menyatakan yang inisiatif pendigitalan Airport 4.0 akan mengambil masa sehingga tiga bulan lamanya dan pengguna Internet mudah alih di dalam banggunana KLIA bakal berdepan dengan kengendalaan servis.

Antara langkah-langkah pembendungan yang diambil mereka adalah seperti meletakkan telefon talian tetap di kaunter maklumat serta memastikan sambungan Wi-Fi di sana sentiasa berjalan bagi memastikan pengguna masih boleh bersambung ke Internet pada setiap masa.

Tags: KLIA
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Isyarat Telco Lemah Melanda KLIA Untuk Tiga Bulan Yang Akan Datang

Isyarat Telco Lemah Melanda KLIA Untuk Tiga Bulan Yang Akan Datang

2 January 2019
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

18 November 2026
Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

19 November 2026
Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

16 November 2026
Samsung Wallet bakal sokong pembayaran QR ShopeePay di Malaysia

Samsung Wallet bakal sokong pembayaran QR ShopeePay di Malaysia

16 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN