fbpx

Terbaik & Terburuk 2018 Menurut Najib & Hanif

Sekali lagi bumi melengkapkan edarannya sekitar Matahari, 2018 kali sejak kalendar Gregorian dilancarkan. Ini adalah yang terbaik berlaku dalam tahun 2018 daripada kaca mata dua orang penulis SoyaCincau BM, Najib Hamid & Hanif Azrai.

Terbaik

Najib – Mod Kamera Malam Super

Memang dah lama ada mod malam dalam kamera di telefon pintar. Tetapi ia memerlukan masa pendedahan yang lama, lebih dari 1 saat malah ada yang mencecah 10 saat. Cara ini boleh menghasilkan gambar yang tajam dengan menggunakan tripod sahaja, bukan dengan tangan. Sebab tangan memang tak boleh tak bergegar walaupun satu saat. Hasilnya nanti, gambar menjadi kabur.

Tetapi teknologi baru yang dipelopori oleh Huawei P20 Pro, menjadikan kamera di telefon pintar mampu mengambil gambar waktu malam atau suasana malap, kekal tajam dengan menggunakan tangan, tidak perlu sokongan tripod. Teknologi ini kemudiannya dikembangkan ke telefon pintar yang lebih murah seperti Huawei Nova 3i.

Beberapa pengeluar lain kemudiannya mula memperkenalkan teknologi masing-masing yang hampir serupa. Google Pixel 3 misalnya, dibekalkan mod Night Sight. OPPO pula mencipa mod Ultra Night Mode di R17 Pro. Xiaomi juga dengar cerita akan melancarkan teknologi mereka sendiri, Super Night Scene.

Dengan teknologi sebegini, gambar waktu malam boleh ditangkap dengan lebih cerah dan kekal tajam. Ini adalah satu revolusi untuk kamera di telefon pintar, selepas tersekat dengan perlumbaan MegaPiksel yang terbantu di sekitar angka 20.

Hanif -Bil Internet Saya Turun 78% Tapi Kelajuan Meningkat!

Selepas berapa kali mengalami penyelarasan, akhirnya saya menikmati perkhidmatan Internet unifi pada RM129 sebulan pada kelajuan 100 Mbps. Ia diterjemahkan kepada hampir 78% penurunan kepada komitmen bulanan saya untuk akses Internet fiber. Inisiatif Telekom Malaysia untuk menyediakan akses Internet lebih mampu milik kepada pengguna Malaysia perlu dipuji.

Kebanyakkan yang ada akses unifi pastinya sudah menikmati penjimatan menjelang akhir tahun ini. Langkah seterusnya adalah untuk membawa pelanggan Internet yang masih tersekat di capaian Internet kabel kuprum kepada sesuatu yang lebih rasional.

Terburuk

Najib – Takuk di Skrin

Tahun 2018 dilambakkan dengan telefon pintar dengan skrin bertakuk. Dari semahal RM4,000 lebih seperti iPhone X, sehinggalah semurah RM400. Tetapi takuk ini makin lama makin mengecil, sehingga menyerupai titisan air. Bulatan yang cukup-cukup memuatkan kamera hadapan.

Penghulu segala notch, iPhone X

Nasib baik Samsung masih kekal tidak mahu menggunakan skrin bertakuk, dalam apa jua telefon pintar keluarannya.

Tetapi trend takuk ini sudah mula kelihatan dipinggirkan sedikit demi sedikit. OPPO Find X dan Vivo NEX membuka jalan dengan memperkenalkan modul kamera bermotor, yang boleh mengeluarkan dan menyembunyikan kamera hadapan di belakang skrin.

Ada yang masih bertahan dengan rekaan tanpa notch seperti Find X

Mi MIX 3 rekarnasikan telefon boleh luncur

Xiaomi Mi MIX 3 dan Honor Magic 2 pula menggunakan skrin boleh lungsur untuk mengeluarkan kamera hadapan.

Samsung Galaxy A8S dan Huawei Nova 4 telah pasti memasang skrin dengan lubang terapung, untuk kamera hadapan.

Satu cara lagi ialah dengan menghapuskan kamera hadapan. Cara ini digunakan oleh Nubia X dan Vivo NEX 2, apabila memasang skrin kedua di belakang. Dengan ini, swafoto boleh diambil menggunakan kamera utama di belakang, dan menjadikan skrin di belakang untuk previu bergambar.

Hanif – Telefon Midrange Macam Keluar Dari Kilang Yang Sama Tak Kira Jenama

Pengaruh China dalam telefon pintar amat sukar ditandingi. Kebanyakkan pengeluar telefon, lebih-lebih lagi yang mengeluarkan telefon kelas pertengahan, akur dengan rekaan ber-notch dan konfigurasi dwikamera dipenjuru kiri. Saya tak rasakan ia adalah desakan daripada pengguna yang inginkan rekaan sedemikian.

Realme 2 Pro

OPPO F9

ZenFone Max Pro M2

Xiaomi Mi A2

Tapi lebih kepada menggunakan kaedah pengilangan yang serupa bagi memastikan harga tetap kompetetif. Jika anda inginkan telefon dengan rekaan yang sedikit radikal, anda perlu menoleh pada segmen flagship seperti Xiaomi Mi 8, Galaxy Note9, Mate 20 Pro, Dan iPhone XS yang miliki rekaan nyata berlainan antara satu sama lain.

Terima kasih kerana mengikuti kami sepanjang tahun 2018. Adakah anda bersetuju dengan pendapat kami? Turutnkan pendapat anda di bawah.