Vivo Y91 telefon bajet berskrin Halo FullView dengan lebih RAM & storan

Bulan lepas, Vivo Malaysia telah mengumumkan ketibaan telefon pintar Vivo Y91i yang memiliki skrin dan bateri besar, pada harga RM599. Jika perlukan lebih banyak storan dan RAM, Vivo akan membawakan versi yang lebih baik, Vivo Y91 tidak lama lagi ke Malaysia.

Vivo Y91 serba-serbi serupa dengan Vivo Y91i. Ia memiliki skrin 6.22-inci dengan resolusi HD+ 1520×720. Di dalam, ia dikuasakan cip MediaTek Helio P22 (MTK6762R), bersama RAM 3GB dan storan dalaman 64GB.

Kameranya pula 8MP F1.8 di hadapan, serta gandingan 13MP F1.8 + 2MP F2.4 di belakang. Bateri sebesar 4,030mAh dimuatkan di dalam dan dicas melalui port mikroUSB.

Sistem operasinya menggunakan Android 8.1 Oreo bersama antaramuka FunTouch OS 4.5 di lapisan atas. Telefon ini turut memiliki pengimbas capjari di belakang dan menyokong pengecaman wajah untuk membuka kunci skrin.

Menurut Vivo Malaysia, Vivo Y91 akan mula dijual pada 5 Januari 2019 dengan tanda harga RM799, RM200 lebih tinggi dari Vivo Y91i. Perbezaan RM200 ini memberikan lebih RAM dan storan digandakan.

Vivo Y91 akan boleh dibelid i Stor Kosep Vivo, pengedar sah seluruh Malaysia serta wakil penjual online di LazadaShopee11streetLMall  dan e-Stor Rasmi Vivo.

BACA  Apple mohon maaf masalah Facetime, kemaskini dilepaskan tidak lama lagi
Share