• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo Y91i miliki skrin terbesar di bawah RM600

  • OLEH Najib
  • 8:50 am
  • 13/12/2018
  • Komen
Vivo Y91i miliki skrin terbesar di bawah RM600
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia baru-baru ini memperkenalkan telefon pintar Vivo Y91i, dikatakan memiliki skrin terbesar dalam kelas harganya. Ia datang dengan skrin seluas 6.22-inci bersama bateri berkapasiti 4,030mAh.

Mula dijual pada 16 Disember kelak, Vivo Y91i ini boleh dimiliki pada harga RM599 sahaja. Ia akan dijual di Stor Konsep Vivo, pengedar sah Vivo, serta saluran dalam talian seperti Lazada, Shopee, 11street, Lmall dan Stor Online Rasmi Vivo.



Paparan Halo FullView berukuran 6.22-inci ini memiliki takuk kecil titisan air. Ia memberikan nisbah skrin ke badan setinggi 88.6%. Tidak pula dinyatakan resolusinya tetapi dibandingkan dengan model sebelumnya Y81i, dijangka ia hanya HD+ 1520×720.

Masih tiada spesifikasi rasmi dari Vivo Malaysia tetapi di Filipina menyatakan, Vivo Y91i menggunakan cip Snapdragon 439 12nm 8-teras, bersama RAM 2GB dan storan dalaman 16GB.



Kamera di belakangnya menggunakan dwi-lensa 13MP+2MP yang mampu mengambil gambar berefek bokeh. Manakala swafoto diuruskan oleh kamera hadapan 8MP, dengan bantuan kecantikan AI.

Bagi fungsi keselamatan, telefon ini memilki pengimbas capjari di belakang, serta pengecaman wajah. Bateri 4,030mAh di dalamnya dicas menerusi port mikroUSB.

Vivo Y91i juga menjalankan sistem operasi Android 8.1 Oreo, dilapisi antaramuka FunTouch OS 4.5.

Vivo Y91i hadir dengan kemasan warna gradient di belakang. Tidak dimaklumkan warna yang ditawarkan di Malaysia, tetapi di Filipina terdapat tiga jenis warna iaitu Merah, Ungu dan Biru.

Tags: vivoY91i
Najib

Najib

POPULAR

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

realme C100 5G: Rakan kerja rider yang tahan lasak dengan bateri tahan dua hari

8 May 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Vivo Y91i miliki skrin terbesar di bawah RM600

Vivo Y91i miliki skrin terbesar di bawah RM600

13 December 2018
iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

iQoo Z11 5G & Z11x 5G Malaysia: Dilengkapi bateri besar 9,020mAh & skrin pantas 144Hz

6 May 2026
Infinix GT 50 Pro dilancar dengan sistem penyejukan cecair HydroFlow & Dimensity 8400 Ultimate

Infinix GT 50 Pro dilancar dengan sistem penyejukan cecair HydroFlow & Dimensity 8400 Ultimate

5 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN