• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Warna terbaru OPPO F9 hadir dalam gabungan hijau, putih dan emas

  • OLEH Najib
  • 7:36 pm
  • 04/01/2019
  • Komen
Warna terbaru OPPO F9 hadir dalam gabungan hijau, putih dan emas
Share on FacebookShare on Twitter

OPPO F9 telah dilancarkan di Malaysia pada bulan Ogos lepas, dan tampil dalam tiga warna menarik iaitu Sunrise Red, Twilight Blue dan Starry Purple. Tidak lama lagi, OPPO Malaysia mahu memperkenalkan warna keempat untuk OPPO F9, dipanggil Jade Green.

Sama seperti warna yang lain, OPPO F9 Jade Green memiliki kemasan berwarna gradien, putih di atas dan sedikit demi sedikit diselaputi warna hijau ke bawah. Ia juga akan memiliki bingkai badan berwarna emas, termasuk di bingkai dwi-kamera belakang, satu keunikan yang diberikan padanya.



Sewaktu dilancarkan Ogos lalu, OPPO F9 diberi tanda harga RM1,399. Bulan lepas, harganya diturunkan RM200 menjadi RM1,199 sahaja. Jika ia mengikut tradisi OPPO, mereka tidak akan menaikkan harga untuk warna baru bagi telefon pintar yang sama. Jadi kita boleh jangkakan OPPO F9 Jade Green ini akan berharga RM1,199 juga. Cuma, tidak pasti jika ia akan datang dengan hadiah eksklusif percuma bersamanya.

Jika belum kenal, OPPO F9 memiliki skrin berkeluasan 6.3-inci HD Penuh+, bertakuk kecil bak titisan air. Di dalam, ia dikuasakan cip MediaTek helio P60, bersama RAM 6GB dan storan dalaman 64GB.



Kamera hadapannya 25MP berkuasa AI untuk tangkapan swafoto yang menawan. Bagi kamera belakang, ia dilengkapi dwi-lensa 16MP+2MP untuk tangkapan gambar berefek bokeh.

Baterinya sebesar 3,500mAh dan menyokong pengecasan pantas VOOC melalui sambungan mikroUSB. Menurut OPPO, 5 minit cas boleh memberikan masa bercakap selama 2 jam.

Ia memiliki tiga slot kad, membolehkan dua kad sim nano dan satu kad mikroSD digunakan serentak. OPPO Malaysia baru-baru ini turut mengumumkan sokongan e-sim, dan salah satu telefon yang disenaraikan ialah OPPO F9.

Kita nantikan maklumat lanjut tentang ketibaan OPPO F9 Jade Green. Rasanya ia akan tiba sebelum menjelang Tahun Baru China awal bulan depan.

Tags: oppoOPPO F9
Najib

Najib

POPULAR

Warna terbaru OPPO F9 hadir dalam gabungan hijau, putih dan emas

Warna terbaru OPPO F9 hadir dalam gabungan hijau, putih dan emas

4 January 2019
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN