• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Telco Celcom

Edisi 2019: Perbandingan Pek Permulaan Prabayar 5 Telco Utama

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:23 pm
  • 04/01/2019
  • Komen
Edisi 2019: Perbandingan Pek Permulaan Prabayar 5 Telco Utama
Share on FacebookShare on Twitter

Prabayar masih lagi menjadi tunjang utama perkhidmatan telco. Golongan ini meliputi yang termuda hinggalah ke yang lebih veteran. Sudah tentu mereka yang tidak mempunyai pendapatan tentap tidak mahu tertambat dengan komitmen bulanan jika ada pilihan sefleksibel prabayar. Jadi, sementara kita masih baru dalam tahun 2019 ini, mari kita bandingkan produk-produk prabayar yang boleh anda pilih.

5 Produk Prabayar Utama Malaysia



Perbandingan kali ini adalah dalam kalangan 5 telco utama Malaysia iaitu:

  1. Celcom XPAX
  2. DIGI Prepaid Live
  3. Hotlink RED
  4. U Mobile Unlimited Power
  5. YES 4G LTE

Ia tidak melibatkan mana-mana MVNO ataupun perkhidmatan telco hibrid seperti ookyo, Tapp, dan Yoodo kerana perbandingan mereka sudah kami lakukan dalam artikel ini.



Telco hibrid digital sepenuhnya tidak termasuk dalam perbandingan ini

Perbandingan ini akan melibatkan tiga kategori. Kategori pertama adalah harga pek itu serta kredit yang tersedia sejurus diaktifkan. Penting juga untuk mengetahui berapakah data Internet yang diberikan serta tarikh sahnya sebelum anda perlu membeli pas Internet.

Kategori kedua adalah kadar panggilan dan juga SMS. Walaupun hampir semua prabayar ada kadar yang hampir serupa, ada juga yang membolehkan anda memasukkan nombor-nombor tertentu dalam kumpulan untuk menikmati kadar yang lebih rendah.

Kategori ketiga dan yang terakhir adalah manfaat yang boleh anda perolehi sekiranya talian kekal aktif.

Tanpa berlengah lagi, berikut adalah rumusan pek prabayar dalam bentuk jadual.

Analisis

Tiada satupun pek permulaan dijual pada harga melebihi RM 10. Ia bermakna harganya, pada pendapat saya masih dalam kategori mampu milik. Tapi yang paling murah adalah DIGI Prepaid Live pada harga RM8. Walau bagaimanapun, U Mobile memberikan kredit tersedia paling banyak apabila menyediakan RM 6 kredit yang menjadikan kos beroleh kad SIM cumalah RM2.50.

Himpunan kelima-lima pek prabayar

Semua prabayar akan memberikan kuota Internet permulaan dan hampir semuanya mempunyai tempoh sah selama 7 hari kecuali Celcom XPAX yang miliki tmepoh sah 2 hari saja. Hal ini bermakna, jika data itu tidak digunakan, ia akan di-burn begitu sahaja. YES 4G LTE berikan kuota permulaan paling banyak (1GB) dan juga tempoh sah 7 hari lamanya.

Daripada segi kadar, YES 4G LTE sekali lagi mencuri tumpuan apabila memberikan kadar panggilan dan SMS termurah iaitu RM0.09 untuk kedua-dua suara dan SMS. Selain YES, lain-lain prabayar memiliki kadar hampir serupa iaitu RM0.15/30 saat dan SMS berkadar RM0.15 hingga RM0.20.

Sekiranya anda kerap strim video daripada YouTube, DIGI Prepaid Live menyediakan kuota sebanyak 2.5GB setiap minggu untuk tujuan itu. Tapi sekiranya untuk bersosial, U Mobile sediakan kuota tanpa had untuk Facebook, Instagram dan Twitter dengan syarat anda tambah nilai sekurang-kurangnya RM10 masuk ke akaun.

Tapi tawaran XPAX agak menarik apabila anda boleh pilih sama ada:

  • 10GB kuota Facebook
  • 10GB kuota Instagram
  • 3GB kuota YouTube
  • kuota tanpa had untuk WhatsApp/Wechat

Bahagian yang menarik adalah, untuk bulan seterusnya, anda bebas untuk memilih salah satu daripada empat pilihan itu, dan pilih tawaran lain untuk bulan lusa.

Kesimpulan

Dengan beranggapan kesemua telco ini memiliki liputan perkhidmatan yang setara, saya cenderung kepada XPAX ataupun DIGI sekiranya saya kerap berada di YouTube menonton video. Tapi, untuk hantu sosial, U Mobile, Hotlink RED, dan XPAX adalah pilihan yang lebih sesuai kerana mereka berikan kuota Facebook, Instagram, dan Twitter. YES 4G pula sesuai untuk golongan-golongan yang masih bergantung pada suara dan SMS untuk berkomunikasi.

Tapi, penghakiman akhir masih terletak sebagusmanakah cakupan perkhidmatan. Itu adalah faktor penentu yang terbesar dalam pemilihan perkhidmatan telco. Adakah anda bersetuju dengan analisis ini? Jika tidak, kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

[Sumber: Gambar pemuka, 2, 3]

Tags: celcomdigidigi prepaid liveHotlink REDmaxistelcou mobileu mobile unlimited powerxpaxYESyes 4g lte
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Edisi 2019: Perbandingan Pek Permulaan Prabayar 5 Telco Utama

Edisi 2019: Perbandingan Pek Permulaan Prabayar 5 Telco Utama

4 January 2019
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER