5 Telco Digital Alaf Baru Yang Perlu Anda Tahu

Pendahuluan

Mempelbagaikan tawaran adalah salah satu cara untuk merancakkan persaingan. Ia turut berlaku dalam dunia penyedia telekomunikasi (telco) yang berusaha memposisikan jenama masing-masing agar nampak unik pada mata pengguna. Telco berusaha untuk menjadi unik melalui pelbagai cara.

Yang paling popular sekarang adalah menyediakan kuota tanpa had untuk APP tertentu seperti YouTube, Facebook, Instagram, Spotify, dan sebagainya bagi mengumpan pengguna kekal berada dalam rangkaian Malaysia.

Trend terbaru adalah “telco digital”. Telco jenis ini tidak memunculkan diri secara fizikal seperti memacakkan reraui di pusat beli belah untuk mengedarkan kad SIM dan mereka tidak pula membelanjakan wang untuk menaikkan papan tanda di sepanjang lebuh raya.

Tapi kehadiran mereka tertumpu dalam dunia maya. Semua transaksi yang melibatkan telco tersebut berlaku secara digital, daripada pendaftaran hinggalah ke perkhidmatan pelanggan.

Kami berjaya kesan beberapa telco digital yang mula bertapak dan kami himpunkan dalam artikel ini bagi menerangkan kepada anda perihal telco-telco digital ini.

Kami ada: