Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Mac, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

5 Telco Digital Alaf Baru Yang Perlu Anda Tahu

ookyo

ookyo adalah produk daripada Maxis yang dilancarkan sekitar September 2017. Mereka membangunkan perkhidmatan ini atas satu persoalan:

“Jika saya diberi peluang untuk mengilhamkan satu perkhidmatan telco daripada sifar, apakah ia?”

Beroperasi diluar norma perkhidmatan telco konvensional, ookyo seperti mengguna pakai model operasi sebuah penyedia televisyen kabel seperti Astro. Kalau kita perhatikan Astro, semasa melanggan kita perlu memilih pakej asas yang mengandungi beberapa saluran televisyen. Kemudian barulah kita suai tambah “Pack”

Jika ingin menonton EPL, anda perlu membeli Pack sukan, jika ingin melayani hal-hal haiwan, pakej dokumentari untuk anda. Suka tengok drama? Pastinya Pack Mustika.

Untuk ookyo, pelan asasnya terbahagi kepada dua iaitu:

  • Social Pack
  • Entertainment Pack

Apabila melanggan salah satu pack ini, anda menikmati akses kuota tanpa had keatas APP yang disokong Pack itu.

Dalam Social Pack, APP yang disokong adalah:

  • Facebook
  • Facebook Messenger
  • Instagram
  • Kakao Talk
  • Line
  • Pinterest
  • Snapchat
  • Twitter
  • Wechat
  • Whatsapp

Dalam Entertainment Pack, APP yang disokong adalah:

  • 9gag
  • Bigo LIVE
  • Facebook Messenger
  • JOOX
  • LINE
  • Musical.ly
  • Shazam
  • Smule
  • Spotify
  • Wechat
  • Whatsapp

Kedua-dua Pack didatangkan bersama kuota 4GB dan 500MB Internet Asas untuk kegunaan lain.

Untuk bahagian Pack tambahan, mereka menyenaraikan lebih 100 APP untuk ditambah dalam Pack sedia ada mengikut kesesuaian penggunaan anda pada harga serendah RM3/bulan.

Antara APP yang popular adalah

  • Instagram RM5/bulan
  • Maps RM3/bulan
  • Mobile Legends RM3/bulan
  • Netflix RM1/jam
  • Pokemon GO RM3/bulan
  • Vainglory RM3/bulan
  • Waze RM3/bulan
  • YouTube RM12/bulan

Program ganjaran pun ada pada ookyo. Untuk masa terhad, 10% daripada jumlah yang anda belanjakan pada ookyo akan dikreditkan kepada Google Play. Ia boleh digunakan untuk membeli APP lain atapun melakukan transaksi dalam APP.

BACA  Gambar sekitar KL semasa PKP 2.0 ini diambil, disunting, dan dimuat naik menggunakan iPhone

Kadar telefoni ookyo adalah seperti berikut:

  • RM0.15/30 saat
  • RM0.15/SMS

Perkhidmatan Roaming turut disediakan dan ia mengikut struktur Hotlink FAST. ookyo juga mengalu-alukan jika anda ingin melakukan MNP masuk ke rangkaian mereka.

Perkhidmatan ookyo ini agak unik daripada biasa. Selain SIM kad, anda perlu memasang APP VPN khas yang dibangunkan ookyo. Oh ya, pengguna iOS tidak boleh menggunakan perkhidmatan ini kerana ookyo masih belum menerbitkan APP VPN pada platform anda.

Terdapat dua saluran pembayaran untuk tujuan pembaharuan servis. Jika anda memilih pembaharuan automatik, anda perlu menambat kad kredit/debit pada akaun. Untuk pembaharuan secara manual, Online Banking boleh dilakukan.

Layari laman rasmi ookyo untuk maklumat lanjut.

Contents