unifi Mobile
unifi Mobile adalah penjenamaan semula webe oleh Telekom Malaysia. Mereka tidak lagi meneruskan tawaran data tanpa had webe. Sebaliknya, unifi Mobile kini menyediakan perkhidmatan prepaid konvensional dan adalah yang paling ringkas berbanding yang lain.
Tawaran mereka amat mudah. Harga kuota Internet adalah seperti berikut:
- 8GB (4GB LTE+4GB LTE/3G/2G) – RM50
- 4GB (2GB LTE+2GB LTE/3G/2G) – RM30
- 2GB (1GB LTE+2GB LTE/3G/2G) – RM15
- 1GB Internet Asas (LTE/3G/2G) – RM13
Untuk fungsi telefoni, kadar sama rata digunakan dan anda boleh membeli suara dan data pada kadar seperti berikut:
- 200min + 200 SMS – RM30
- 60mins + 60 SMS – RM10
Kebaikkan unifi Mobile adalah tiada tempoh sah dikenakan. Hal ini bermakna, data/suara/SMS boleh digunakan selagi akaun anda masih aktif. Untuk kekal aktif, anda perlu melakukan apa-apa aktiviti yang bercaj dalam tempoh 90 hari.
unifi Mobile tidak menggunakan VPN seperti ookyo dan tapp. Hal ini bermakna, pengguna iOS turut boleh melanggan telco ini jika mahu. Perkhidmatan roaming turut disediakan di 18 negara pada kadar RM39/hari.
Langganan boleh dilakukan melalui APP [email protected] yang boleh dimuat turun di AppStore dan juga Play Store.
Layari laman rasmi unifi Mobile untuk maklumat lanjut.