Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

5 Telco Digital Alaf Baru Yang Perlu Anda Tahu

tapp

tapp adalah produk keluaran Digi Telecommunication Sdn. Bhd. dan ia dilancarkan awal Januari 2017. Jika anda memahami konsep hidraulik dan pneumatiks, anda pastinya tiada masalah untuk memahami model operasi tapp.

Pada tapp, anda tidak dibekalkan sebarang pelan unlimited. Tiada kuota streaming, tiada kuota hari minggu, tiada kuota LTE, kuota Internet asas malahan panggilan suaran percuma pun tiada.

Pembelian data & suara pada tapp agak unik. Setiap tambah nilai ke akaun akan menjadi tappCredit. Kemudian anda perlu membeli data dan suara. Semasa membeli data atau suara, anda perlu menetapkan berapakah yang ingin dibelanjakan serta tempoh sah yang diingini.

Berbalik kepada konsep hidraulik tadi, anda perlu memperuntukkan berapakah yang pergi ke data dan berapa pula ke suara.

Misalnya RM30 dengan 30 hari tempoh sah berikan anda maksimum 5GB data atau 400 minit suara. Jadi, anda gunakan slider khas untuk melakukan pelarasan. Jika lebih banyak data diperuntukkan, jumlah suara akan berkurangan dan begitulah sebaliknya.

Tahap fleksibiliti pada tapp memang tinggi. Anda boleh membeli data bernilai RM1 untuk tempoh sah sehingga 30 hari. Ini bermakna, untuk pastikan akaun kekal aktif, anda hanya perlu belanjakan RM12 saja setahun.

Keunikkan tapp tak terhenti disitu saja. Anda boleh melakukan penyelarasan data dan suara pada bila-bila masa selagi anda berada dalam tempoh sah. Kemudian, jika data dan suara tak habis digunakan, anda boleh menjual semula ke tapp pada 65% harga beli.

Melalui APP tapp, anda boleh beli, tambah, ubah suai, dan jual kuota/suara.

Sejurus pendaftaran, anda akan beroleh nombor telefon. Kad SIM tak diperlukan untuk berbuat panggilan. Untuk fungsi telefoni kadar panggilan adalah seperti berikut:

  • Panggilan percuma dalam kalangan pengguna tapp.
  • RM0.20/minit jika memanggil nombor bukan dalam rangkaian tapp.
  • Panggilan antarabangsa akan dicaj pada tappCredit dan kadar panggilan akan terpapar sebelum panggilan dibuat.
BACA  Harga pas #Bebas tanpa had Unifi Mobile kini lebih murah, dari RM12/minggu

Seperti ookyo, tapp turut menggunakan teknologi VPN untuk menyediakan perkhidmatan Internet mereka. Walau bagaimanapun, panggilan suara tidak memerlukan kad SIM kerana suara disalurkan melalui VoIP, sama seperti jika anda berbuat panggilan suara di Whatsapp.

Beberapa kelemahan yang boleh saya temui pada tap adalah seperti:

  • Tiada perkhidmatan roaming
  • Tiada fungsi MNP
  • Tidak boleh digunakan pada iOS

Tambah nilai boleh dibuat melalui beberapa cara dan antaranya adalah:

  • Perbankan dalam talian
  • Kad Debit
  • Kad Kredit
  • Nombor Top-up Digi

Layari laman rasmi tapp untuk maklumat lanjut.

Contents