Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

5 Telco Digital Alaf Baru Yang Perlu Anda Tahu

yoodo

Yoodo adalah sebuah telco “hibrid” yang berada ditengah-tengah prabayar dan pascabayar. Pada Yoodo, perniagaan telco adalah sama seperti menjual nasi campur, anda boleh suai padan lauk dan nasik mengikut bajet anda.

Ada tiga jenis “lauk” yang boleh anda pilih iaitu:

  • Data
  • Suara
  • SMS

Opsyen termurah adalah berharga RM3/bulan dan anda akan menerima 50 SMS. Jika anda terlalu lapar, anda boleh membayar RM222/bulan untuk menikmati 100GB data, 5GB Facebook, 10GB YouTube, 5GB Instagram, panggilan suara 2,000 minit, serta SMS sebanyak 2,000 unit.

Anda boleh ke kaunter “aneka sambal” untuk memberi rencah pada pelan asas yang telah anda reka tadi. Anda boleh memilih sama ada:

  • 5GB Facebook untuk RM10/bulan
  • 10GB YouTube untuk RM20/bulan
  • 5GB Instagram untuk RM10/bulan

Jika tak cukup pedas, anda boleh ke kaunter “aneka sambal” untuk tambahkan perisa pada pelan telco.

Kelebihan Yoodo dalam kalangan beberapa telco digital lain adalah ia tidak memerlukan VPN untuk beroperasi. Maka, ia disokong iOS. Selain itu, perkhidmatan roaming pun ada jika anda ingin merantau ke luar negara.

Perkhidmatan pindah nombor masuk ke rangkaian turut disediakan jika anda ingin mengekalkan nombor sedia ada.

Selaku telco digital, segala urusan berkaitan telco dilakukan secara dalam talian. Terus ke laman rasmi meka untuk mendaftar ataupun mencari maklumat lanjut.

Anda juga boleh memuat turun APP rasmi mereka yang ada di PlayStore dan Appstore.

Contents

BACA  Maxis tawarkan telefon 5G Huawei dari RM1 serta beli 1 percuma 1