• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Selepas e-wallet Vcash, Digi mahu perkenal Kad Prabayar Digital bersama MPay dan Mastercard

  • OLEH Najib
  • 5:49 pm
  • 07/01/2019
  • Komen
Selepas e-wallet Vcash, Digi mahu perkenal Kad Prabayar Digital bersama MPay dan Mastercard
Share on FacebookShare on Twitter

Satu sistem pembayaran baru akan diperkenalkan oleh Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi), dengan kerjasama dari ManagePay Systems Berhad (MPay) dan Mastercard. Ia adalah kad prabayar digital, bagi memenuhi keperluan pengguna dalam talian di Malaysia yang semakin berkembang.

Kad prabayar digital ini memudahkan pengguna yang gemar membuat transaksi dalam talian, terutama membeli-belah. Pengguna boleh mendaftar, mengaktifkan dan menggunakan kad prabayar digital ini, semuanya diuruskan di dalam satu aplikasi mudah alih untuk pengalaman digital menyeluruh.



Digi mensasarkan untuk menyediakan kad prabayar digital ini menjelang separuh pertama tahun 2019. Ia merupakan salah satu dari inisiatif Digi untuk memberikan pengalaman digital nirtunai yang lebih baik buat 11.8 juta pelanggannya.

Konsep kad prabayar digital oleh Digi ini hampir sama dengan konsep kad prabayar AirAsia BigPay. BigPay juga merupakan kad prabayar digital di mana semua urusan dari mendaftar sehingga membuat bayaran boleh dibuat secara digital. Tetapi BigPay turut menawarkan kad fizikal untuk kegunaan biasa. Kelebihan terbesar BigPay ialah kadar tukaran wang asing yang sangat kompetitif, berbanding kad debit/kredit bank lain.



Bercakap tentang pembayaran nirtunai, Digi juga pernah melancarkan dompet elektronik (e-wallet) mereka sendiri yang dipanggil Vcash, pada November 2017. Seperti e-wallet yang lain, Vcash memerlukan pengguna menambah nilai ke dalam e-wallet sebelum boleh digunakan untuk membuat bayaran di tempat yang menerima pembayaran Vcash. Pembayaran dilakukan dengan mengimbas kod QR Vcash.

Bagaimanapun, kehangatan promosi Vcash dilihat telah sejuk beku pada pertengahan kedua tahun 2018. Lama tidak mendengar berita tentang Vcash, tidak pasti samada mereka masih aktif atau tidak.

Apakah kelebihan dan keistimewaan untuk menggunakan kad digital prabayar dari Digi ini berbanding kad debit/kredit yang lain? Kena tunggu pengumuman lanjut tentangnya apabila ia dilancarkan kelak.

Tags: digiKad prabayar
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Selepas e-wallet Vcash, Digi mahu perkenal Kad Prabayar Digital bersama MPay dan Mastercard

Selepas e-wallet Vcash, Digi mahu perkenal Kad Prabayar Digital bersama MPay dan Mastercard

7 January 2019
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

RedMagic 11 Air rasmi di Malaysia dengan Snapdragon 8 Elite & bateri 7,000mAh, dari RM2,499

30 January 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER