• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kesarwajagatan Kunci Kejayaan Vcash Berbanding Samsung Pay dan Apple Pay

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:10 pm
  • 09/11/2017
  • Komen
Kesarwajagatan Kunci Kejayaan Vcash Berbanding Samsung Pay dan Apple Pay
Share on FacebookShare on Twitter

Jaga-jaga Samsung Pay dan Apple Pay, kini pengguna ada satu lagi alternatif untuk pembayaran nirtunai. Vcash adalah satu produk baru yang dilancarkan oleh Digi Telecommunication Sdn. Bhd. (Digi). Menggunakan vcash, anda boleh menjalankan transaksi jual beli tanpa menggunakan wang tunai tetapi lebih baik.

Ia tidak memerlukan telefon yang ada NFC, sebaliknya cukup sekadar telefon dengan fungsi kamera. Tidak kiralah sama ada anda menggunakan telefon berharga RM300 ataupun yang berharga RM3,999, anda boleh menikmati perkhidmatan vcash.



Maka, ciri universal yang dimiliki vcash pastinya akan menarik minat ramai pengguna untuk mencubanya.

Menggunakan vcash, anda boleh membuat pembayaran semasa membeli makanan ataupun barangan dapur. Setakat ini, ia diterima di lebih 39 jenis kedai terutamanya dalam ketegori food truck yang bertebaran di Lembah Klang. Untuk membeli barangan dapur, anda boleh menggunakan vcash di cawangan Mydin.



Daripada pemerhatian saya, vcash boleh memberi manfaat kepada kedua-dua pihak sama ada anda pengguna biasa ataupun anda seorang penjual.

Manfaat Kepada Pengguna Biasa

  • Tiada yuran pendaftaran
  • Penghantaran pengguna-ke-pengguna
  • Tiada cas dikenakan untuk menghantar
  • Tambah nilai boleh dilakukan secara dalam talian untuk semua bank utama
  • Butiran perbelanjaan dibentang dalam cara mudah difahami

Pembayaran sangat mudah melalui kod QR

Manfaat Kepada Penjual

  • Tidak perlu risau kecurian wang oleh staf
  • Data pelanggan untuk memperkemas perniagaan
  • Tiada yuran pendaftaran atau tahunan
  • Tiada pemasangan peralatan tambahan
  • Pendaftaran dalam talian 100%
  • Fi 0.8% dikenakan keatas setiap transaksi, lebih rendah berbanding PayPal dan kad kredit.

Menggunakan vcash juga anda boleh melakukan pembelian dalam talian untuk pelbagai perkhidmatan misalnya anda boleh membeli langanan Playstation Live, prabayar telefon, danmembayar bil utiliti seperti TNB, Syabas, dan Astro.

Penggunaan Vcash tidak mengira telco. Apa yang diperlukan hanyalah nombor telefon Malaysia.

  • Muat turun vcash di Android
  • Muat turun vcash di iOS
Tags: apple paydigipembayaran dalam talianpembayaran nirtunaisamsung payvcash
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kesarwajagatan Kunci Kejayaan Vcash Berbanding Samsung Pay dan Apple Pay

Kesarwajagatan Kunci Kejayaan Vcash Berbanding Samsung Pay dan Apple Pay

9 November 2017
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN