• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei P30 masih kekalkan takuk?

  • OLEH Najib
  • 2:38 pm
  • 07/01/2019
  • Komen
Huawei P30 masih kekalkan takuk?
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas selesai melancarkan siri Mate 20 tahun lepas, maka awal tahun ini ialah giliran siri-P pula. Bulan Mac ini menandakan setahun telah berlalu selepas siri P20 dilancarkan, maka generasi seterusnya dijangka akan muncul pada masa yang sama.

Huawei masih belum bercerita apa-apa tentang P30, yang dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi. Tetapi beberapa petunjuk tentangnya telah mula tersebar, salah satu darinya datang daripada @OnLeaks.



Model asas Huawei P30 akan mengekalkan sistem 3-kamera belakang seperti P20. Ia juga akan menggunakan skrin bertakuk, tetapi kali ini takuk yang lebih kecil, seperti titisan air.

Skrin ini dikatakan berukuran 6.0-inci, dengan resolusi HD Penuh+. Dari gambar ini, pengimbas capjari fizikal tidak kelihatan langsung di hadapan atau belakang telefon. Boleh dikatakan, ia akan menggunakan pengimbas capjari di dalam skrin, seperti Mate 20 Pro.



Gambar tersebut turut menunjukkan port UBS-C, seperti yang sedia ada. Tetapi ia turut memperlihatkan satu lagi sambungan penting, jek audio 3.5mm yang membolehkan fon kepala berwayar digunakan.

Kuasa di dalamnya sudah pasti akan menggunakan cip Kirin 980, dijangka bersama RAM 6GB atau 8GB, dan storan sehingga 256GB. Ia juga dikatakan akan menggunakan sensor kamera 38MP terbaru dari Sony.

Walaupun belum ada sebarang berita dari Huawei tentang Huawei P30, kita jangkakan ia akan dilancarkan pada bulan Mac. Tetapi ia mungkin juga akan membuat kemunculan istimewa di pameran Mobile World Congress 2019, yang akan diadakan pada penghujung Februari.

[Sumber: OnLeaks]

Tags: HuaweiHuawei P30
Najib

Najib

POPULAR

Huawei P30 masih kekalkan takuk?

Huawei P30 masih kekalkan takuk?

7 January 2019
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

14 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026
Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN