• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi sedang hasilkan peranti dengan skrin boleh lipat?

  • OLEH Najib
  • 4:47 pm
  • 07/01/2019
  • Komen
Xiaomi sedang hasilkan peranti dengan skrin boleh lipat?
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu teknologi yang dilihat akan memulakan langkah pertamanya tahun ini ialah skrin boleh lipat. Samsung telah memperlihatkan prototaip telefon dengan skrin boleh lipat tahun akhir tahun lepas.

Xiaomi juga mungkin dalam usaha untuk menghasilkan peranti mereka dengan skrin boleh lipat. Perkara ini dilaporkan oleh @evleaks. Beliau berkongsi sebuah video tentang peranti dengan skrin yang boleh dilipat tiga.



Can't speak to the authenticity of this video or device, but it's allegedly made by Xiaomi, I'm told. Hot new phone, or gadget porn deepfake? pic.twitter.com/qwFogWiE2F

— Evan Blass (@evleaks) January 3, 2019

Dari video itu, peranti Xiaomi tersebut memiliki satu skrin yang boleh dilipat tiga. Berbeza dengan prototaip Samsung yang menggunakan gabungan dua skrin untuk kelihatan seperti skrin boleh lipat. Pada akhir video tersebut, peranti tersebut menunjukkan paparan MIUI 10.

Demo video ini menunjukkan aplikasi Google Maps, yang beradaptasi dengan lancar apabila skrin dilipat menjadi lebih kecil. Tidak pasti apa yang terjadi di belakang peranti, tetapi skrin itu dilipat kemas ke belakang.



Walaupun video ini kelihatan asli, Evan Blass sendiri tidak dapat mengesahkan kesahihannya. Jika ia benar sekali pun, skrin boleh lipat sebegini masih memiliki banyak masalah untuk digunakan dalam kehidupan seharian.

Masalah terbesar skrin boleh lipat bukan sahaja pada perkakasnya, tetapi lebih penting lagi tentang penggunaannya. Pengeluar perlu mencari penggunaan yang praktikal untuknya sebelum memasarkannya secara meluas. Jika tidak, pasti tiada yang mahu menggunakannya, kerana ia tidak berguna dan mahal.

Google sendiri telah mengumumkan sokongan rasmi terhadap skrin boleh lipat untuk sistem operasi Android. Kita boleh mengjangkakan sokongan aplikasi Google sekurang-kurangnya, dan lebih banyak lagi aplikasi lain apabila skrin boleh lipat ini mula diperkenalkan. Sedikit sebanyak, ia boleh menjadi contoh kepada pembangun aplikasi lain untuk menggunakannya di aplikasi mereka.

Apa pula pendapat anda tentang skrin boleh lipat? Di manakah ia boleh digunakan atau akan menjadi salah satu teknologi yang dilupakan kerana tidak mendapat tempat dalam penggunaan seharian?

[Sumber: evleaks]

Tags: xiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Xiaomi sedang hasilkan peranti dengan skrin boleh lipat?

Xiaomi sedang hasilkan peranti dengan skrin boleh lipat?

7 January 2019
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN