fbpx

Honor 10 Lite pakar swafoto yang ringan harga

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, hari ini Honor Malaysia melancarkan produk pertama mereka bagi tahun 2019, Honor 10 Lite. Ia merupakan telefon pintar dengan kamera hadapan AI 24MP, sesuai untuk peminat swafoto dengan bajet rendah.

Honor 10 Lite akan mula dijual di Malaysia pada 9 Januari 2019. Harga jualannya ialah RM749 dengan storan 32GB, dan RM799 bagi storan 64GB.

Warna Midnight Black dan Sky Blue terdapat untuk storan 32GB. Manakala warna Sapphire Blue dan Shiny Red pula untuk storan 64GB.

Tetapi khas pada hari pertama jualan, orang ramai boleh mendapatkan Honor 10 Lite pada harga istimewa. Di HiHonor dan Lazada, bermula pukul 10 pagi pada 9 Januari 2019, Honor 10 Lite 32GB dijual pada harga RM699 sahaja, diskaun RM50 dari harga asal.

Honor 10 Lite boleh dikatakan seperti versi cilik Honor 8X. Skrinnya berbeza sedikit, kerana ia menggunakan takuk titisan air, dengan keluasan 6.21-inci HD Penuh+.

Kuasa di dalam Honor 10 Lite juga menyerupai Honor 8X, seperti penggunaan cip Kirin 710 berkuasa GPU Turbo, tetapi RAM dan storan lebih kecil. Ia dibekalkan RAM 3GB dan storan dalaman 32GB.

Kamera belakangnya dwi-lensa, gabungan lensa 13MP dan 2MP. Tetapi lensa lebih hebat untuk swafoto digunakan di kamera hadapan, dengan resolusi 24MP F2.0 berkuasa AI untuk ubahsuai gambar secara pintar.

Bateri Honor 10 Lite sedikit kecil, hanya 3,400mAh dan dicas melalui port mikroUSB, tanpa sokongan pengecasan pantas.

Tetapi yang menariknya, Honor 10 Lite siap dipasang sistem operasi EMUI 9 berasaskan Android 9.0 Pie. Ia adalah peranti pertama Honor yang dibekalkan siap dengan Android Pie.

Jangan lupa untuk mendapatkan Honor 10 Lite dengan diskaun RM50, di HiHonor dan Lazada, bermula pukul 10 pagi pada 9 Januari 2019.

BACA  Telefon 5G pertama Honor akan diperkenal hujung bulan ini