• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mi A2 termurah dalam promosi Shopee Tahun Baru Telefon Baru

  • OLEH Najib
  • 6:07 pm
  • 08/01/2019
  • Komen
Mi A2 sah tiba di Malaysia minggu ini
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun baru telefon baru? Jika ia salah satu azam tahun 2019 anda, maka anda perlu semak tawaran yang disediakan Shopee ini.

Shopee kini sedang mengadakan promosi Tahun Baru Telefon Baru. Mereka menyenaraikan beberapa model telefon pintar di bawah promosi ini dengan harga istimewa, serta tambahan diskaun RM30 menggunakan kod promosi NEWMOB30.



Kod promosi ini hanya boleh digunakan untuk telefon pintar yang tersenarai di dalam promosi ini sahaja dan dibeli menggunakan aplikasi mudah alih Shopee. Promosi ini pula berjalan sehingga 10 Januari 2019.

Tawaran terbaik dalam promosi ini ialah Mi A2. Pekedai Urban Republic, menawarkan Mi A2 dengan diskaun sehingga RM300. Ia merupakan set Malaysia dengan jaminan dari Xiaomi Malaysia. Peminat Android Tulen harus tidak melepaskan tawaran ini.



Dalam promosi ini, Mi A2 dengan RAM 4GB dan storan 64GB dijual pada harga RM600, sebanyak RM299 diskaun dari harga asal RM899. Manakala Mi A2 dengan RAM 6GB dan storan 128GB pula berharga RM799, diskaun RM300 dari harga asal RM1,099.

Malah, pengguna boleh mendapat diskaun tambahan RM30 dengan menggunakan kod promosi tadi. Jadi harganya menjadi RM570 untuk model 64GB, dan RM769 bagi model 128GB. Belum termasuk kos penghantaran.

Mi A2 adalah telefon pintar yang mengikuti program Android One. Ia menggunakan sistem operasi Android Tulen, bukan MIUI, dengan jaminan kemaskini sistem operasi selama dua tahun.

Di dalamnya, Mi A2 menggunakan cip Snapdragon 660, bersama RAM LPDDR4X sehingga 6GB dan storan sehingga 128GB. Bateri sebesar 3,010mAh dimuatkan di dalamnya yang boleh dicas melalui USB-C.

Skrin Mi A2 berukuran 5.99-inci dalam nisbah 18:9, resolusi HD Penuh+ dan dilindungi kaca Corning Gorilla Glass 5. Menariknya, ia tidak memiliki takuk tetapi terpaksa menggunakan bingkai tebal di atas dan bawah skrin.

Badan Mi A2 agak nipis, diperbuat dari besi sepenuhnya dengan ketebalan hanya 7.3mm. Pengimbas capjari terletak di belakang badan Mi A2. Satu kekurangannya yang sudah menjadi norma, adalah ketiadaan jek audio 3.5mm.

Untuk kamera, di belakang ia menggunakan gandingan dwi-sensor 12MP F1.75 dan 20MP F1.75, salah satu darinya memiliki piksel 1.25-mikron dan satu lagi diperkasa Super Pixel 2-mikron. Kamera hadapan pula menggunakan sensor 20MP, juga dikuasakan Super Pixel.

Ada banyak lagi telefon pintar lain disenaraikan dalam promosi Shopee ini. Jangan lupa gunakan kod promosi NEWMOB30 untuk diskaun RM30. Sehingga 10 Januari 2019 sahaja.

Tags: mi a2Shopeexiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Mi A2 sah tiba di Malaysia minggu ini

Mi A2 termurah dalam promosi Shopee Tahun Baru Telefon Baru

8 January 2019
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

22 July 2026
Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

22 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN