• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Cisco, TNB & PEMANDU ambil tindakan tegas terhadap pekerja yang menghina Agong

  • OLEH Najib
  • 10:20 am
  • 09/01/2019
  • Komen
Cisco, TNB & PEMANDU ambil tindakan tegas terhadap pekerja yang menghina Agong
Share on FacebookShare on Twitter

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Baru sahaja bulan lepas kita mendengar berita pemecatan pekerja Honda kerana membuat kenyataan yang kurang sesuai di media sosial. Minggu ini, tiga lagi syarikat mungkin akan mengambil tindakan yang sama terhadap pekerja mereka.

Tahun lepas, seorang suri rumah dijatuhkan hukuman penjara 8 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu, kerana melakukan kesalahan yang sama. Tertuduh telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua duanya dan juga boleh dedenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.



Tiga syarikat tersebut ialah Cisco, TNB & PEMANDU Associates, masing-masing memaklumkan telah mengambil tindakan tegas terhadap pekerja mereka yang mengeluarkan kenyataan menghina YDP Agong ke-15, Sultan Muhammad V di media sosial.

Dalam kes pekerja Cisco, mereka memaklumkan, pekerja yang membuat kenyataan menghina Agong di Facebook, telah meninggalkan syarikat tersebut. Bagaimanapun, tidak pula dinyatakan adakah dia berhenti sendiri atau dipecat.



Bagi kes TNB dan PEMANDU pula, pasangan suami isteri yang masing-masing bekerja di sini, telah berkicau di Twitter dengan ayat yang menghina Agong.

TNB dan PEMANDU memaklumkan di Facebook mereka, telah bertindak menggantung kerja pasangan ini. Mereka akan mengambil tindak selanjutnya selepas selesai siasatan dalaman syarikat.

Walaupun Malaysia mengamalkan kebebasan bersuara, setiap individu bertanggungjawab terhadap apa jua kenyataan yang mereka suarakan. Perlu diingatkan, sebarang kenyataan yang berbentuk hasutan dan penghinaan walau di media sosial, boleh diambil tindakan tegas dan dikenakan denda atau penjara oleh mahkamah. Hatta menyebar berita palsu di WhatsApp pun boleh didakwa di mahkamah.

[Sumber: MalayMail]

Tags: AgongCiscoPEMANDUTNB
Najib

Najib

POPULAR

Cisco, TNB & PEMANDU ambil tindakan tegas terhadap pekerja yang menghina Agong

Cisco, TNB & PEMANDU ambil tindakan tegas terhadap pekerja yang menghina Agong

9 January 2019
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN