• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga Mi MIX 3 di Malaysia lebih rendah dari jangkaan awal

  • OLEH Najib
  • 11:35 am
  • 09/01/2019
  • Komen
Harga Mi MIX 3 di Malaysia lebih rendah dari jangkaan awal
Share on FacebookShare on Twitter

Teka-teki tentang harga Mi MIX 3 di Malaysia telah terjawab. Hari ini Mi Malaysia telah mengumumkan harga Mi MIX 3 yang akan mula dijual pada hari Sabtu ini, 12 Januari 2019. Mi Malaysia juga menunaikan janji mereka untuk menjual Mi MIX 3 di bawah RM2,500.

Mi MIX 3 akan dijual di Malaysia dengan konfigurasi RAM 6GB dan storan dalaman 128GB. Terdapat tiga warna ditawarkan dengan harga berbeza, seperti berikut:



  • Warna Onyx Black – RM2,199
  • Warna Jade Green dan Blue Sapphire – RM2,299

Warna dari kiri: Onyx Black, Jade Green dan Blue Sapphire

Jarang Xiaomi meletakkan harga berbeza untuk peranti yang sama, melainkan ia memiliki spesifikasi berbeza, atau kemasan yang berlainan.



Kepada yang berminat membelinya, Mi MIX 3 akan mula dijual bermula 12 Januari ini, di semua kedai Mi Store, serta dalam talian di Stor Rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee.

Jika anda belum kenal, Mi MIX 3 adalah telefon dari siri nirbingkai terbaru dari Xiaomi. Skrinnya berukuran 6.39-inci, dari jenis Super AMOLED dengan resolusi HD Penuh+. Ia dikuasakan cip Snapdragon 845 bersama pilihan RAM 6GB, 8GB atau 10GB. Storan pula sehingga 256GB.

Kali ini, Mi MIX 3 membawakan konsep nirbingkai penuh tanpa kamera di hadapan. Kamera ini tersimpan di belakang skrin, boleh diakses dengan melungsurkan skrin ke bawah.

Untuk kamera hadapan, ia dilengkapi dwi-lensa 24MP+2MP. Manakala kamera belakang menggunakan dwi-lensa, lensa utama 12MP F1.8 dan lensa telefoto 12MP F2.4. DxOMark menilai kamera Mi MIX 3 dengan markah 103, setanding dengan Galaxy Note9 dan HTC U12+, serta di bawah iPhone XS Max dan Huawei P20 Pro sahaja.

Bateri di dalam Mi MIX 3 hanyalah 3,200mAh, kapasiti yang sangat kecil dibandingkan dengan telefon pintar Xiaomi yang lain. Tetapi ia menyokong pengecasan wayarles pantas, yang mungkin disertakan bersama pembelian Mi MIX 3 nanti.

Tags: mi mix 3xiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Harga Mi MIX 3 di Malaysia lebih rendah dari jangkaan awal

Harga Mi MIX 3 di Malaysia lebih rendah dari jangkaan awal

9 January 2019
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER