Laptop ASUS Zenbook terbaru makin kecil, teguh & lebih perkasa

Laptop 13-inci dengan saiz lebih kecil dari kertas A4? Itulah yang didendang ASUS sepanjang pelancaran model terbaru laptop siri Zenbook mereka.

Zenbook yang baru ini mengekalkan ciri-ciri ikonik mereka. Ia kini lebih kecil dari model sebelumnya, tetapi masih lengkap dengan pelbagai ciri-ciri berkuasa tinggi. Dengan harga yang lebih rendah dari pesaing lain dalam kategorinya.

Terdapat tiga jenis Zenbook yang dilancarkan hari ini, memperlihatkan saiz skrin berbeza iaitu Zenbook 13 (UX333), Zenbook 14 (UX433) dan Zenbook 15 (UX533). Zenbook 13 dan Zenbook 14 boleh dikatakan kembar kerana hampir semuanya sama, kecuali saiz skrin. Manakala Zenbook 15 yang lebih besar, memiliki lebih banyak kelebihan.

ASUS berjaya mencipta bingkai skrin empat sisi Nano Edge, untuk Zenbook terbaru ini. Ianya sangat kecil, memberikan nisbah skrin ke badan lebih dari 90%. Tetapi masih boleh memuatkan kamera di atas skrin. Kamera hadapan ini dilengkapi infra merah 3D, membolehkan pengecaman wajah untuk akses menerusi Windows Hello, walaupun dalam persekitaran malap.

Badan luar Zenbook diperhalusi dengan kemasan besi metalik. Jangan tak percaya, Zenbook diperakui dengan standard ketenteraan MIL-STD-810G. Ia boleh beroperasi dalam persekitaran bertekanan tinggi, suhu ekstrem dan lembap.

Walaupun berbadan teguh bak askar, Zenbook ini sangat ringan. Berat Zenbook 13 & 14 hanyalah 1.19kg dan Zenbook 15 pula mencatat 1.68kg sahaja.

Zenbook baru ini turut dilengkapi engsel ErgoLift. Ia akan mengangkat sedikit badan laptop, membuka ruang di bawah agar haba boleh mengalir lebih baik, dan sistem bunyi yang keluar lebih sedap didengar.

Khas untuk Zenbook 13 & 14, trackpadnya boleh berubah menjadi numpad digital. Hanya tekan simbol di atas trackpad untuk menggunakam butang nombor. Bagi Zenbook 15, ia memiliki kekunci numpad fizikal.

BACA  Selebriti media sosial perlu bayar cukai untuk ulasan berbayar dan iklan

Prestasi tinggi di dalam Zenbook jelas kelihatan kerana ia menggunakan cip pemproses Intel Core i5 dan i7 generasi ke-8. Untuk grafik, Zenbook 13 dan 14 dilengkapi GPU NVIDIA GeForce MX150. Manakala Zenbook 15 dikuasakan GPU NVIDIA GeForce GTX1050 Max-Q yang lebih perkasa.

Ia ditambah lagi dengan RAM LPDRR3 8GB di Zenbook 13 & 14, dan RAM DDR4 16GB di Zenbook 15. Storan SSD dengan sambungan pantas PCIe 3.0 seluas 512GB menjadi standard semua model Zenbook baru ini.

Kenipisan Zenbook tidak menghalang ia dilengkapi port sambungan bersaiz penuh. Kesemua model Zenbook ini memiliki port USB 2.0, USB3.0, USB-C, HDMI, jek audio 3.5mm dan slot kad memori.

Hayat bateri laptop ini juga panjang. Dengan cas penuh, ia boleh digunakan berterusan sehingga 14 jam untuk Zenbook 13, sehingga 13 jam di Zenbook 14 dan sehingga 17 jam bagi Zenbook 15. Tetapi ia masih mengecas menggunakan port khas kuasa, tidak menggunakan port USB-C seperti MacBook Air yang baru.

Nipis, ringan, teguh dan prestasi tinggi. Tetapi harga Zenbook tidak semahal pesaing lain dalam kategori yang sama. Bagi Zenbook 13, harganya cuma RM4,499 dengan Intel Core i5, dan RM4,999 dengan cip Intel Core i7. Zenbook 14 pula berharga RM4,399 berkuasa Intel Core i5. Zenbook 15 berkuasa Intel Core i7 pula berharga RM6,099.

Rujuk spesifikasi penuh kessemua Zenbook ini di bawah. Maklumat lanjut tentangnya boleh didapati di laman web ASUS Zenbook Classic Malaysia.

Model ZenBook 13 (UX333) ZenBook 14 (UX433) ZenBook 15 (UX533)
Pemproses Intel Core i5-8265U Intel Core i5-8265U Intel Core i7-8565U
Intel Core i7-8565U
Paparan 13.3″ 1920×1080 14″ 1920×1080 15.6″ 1920×1080
Memori LPDDR3 8GB DDR4 16GB
Storan PCIE 3.0×2 NVME 512GB M.2 SSD
Pemproses Grafik NVIDIA GeForce MX150 NVIDIA GeForce MX150 NVIDIA GeForce GTX1050 MAX Q
Memori Video GDDR5 2GB
Port I/O 1x USB 2.0 1x USB3.1 Type A (Gen1)
1x USB3.1 Type A (Gen1) 1x USB3.1 Type A (Gen2)
1x USB3.1 Type C (Gen 2) 1x USB3.1 Type C (Gen 2)
1x HDMI 1x HDMI
Ukuran 30.2(W)x18.9(D)
x1.69(H)cm
31.9(W)x19.9(D)
x1.59(H)cm
35.4(W)x22.0(D)
x1.79(H)cm
Berat 1.19kg 1.19kg 1.68kg
Warna Biru/Perak/Merah Biru/Perak Biru
Harga Jualan RM4,499 (Core i5) RM4,399 RM6,099
RM4,999 (Core i7)