• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Boost ambil alih tugas mesin wang di Watson

  • OLEH Najib
  • 9:19 pm
  • 10/01/2019
  • Komen
Boost ambil alih tugas mesin wang di Watson
Share on FacebookShare on Twitter

Lambakan dompet elektronik atau e-wallet membuatkan kita pening untuk menggunakannya. Tetapi kalau ada satu e-wallet yang mahu disimpan, maka kami syorkan Boost. Ini kerana Boost merupakan e-wallet paling aktif membuat promosi dan berkerjasama dengan pelbagai pihak.

Hari ini, Boost mengumumkan kerjasama dengan peruncit barangan kecantikan dan kesihatan antarabangsa terbesar di dunia, Watsons. Di Malaysia sahaja, Watson terdapat di lebih 450 lokasi.



Selain kemudahan pembayaran nirtunai, pengguna Boost di Watson boleh menikmati lebih banyak faedah. Antaranya, untuk musim perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang, pelanggan Watson yang membuat bayaran menggunakan Boost boleh mendapatkan 8x mata ganjaran Watsons.

Malah, pengguna Boost juga akan menerima ganjaran tambahan di dalam aplikasi dalam bentuk pulangan tunai segera (cashback) melalui Shake, setiap kali membuat pembayaran menggunakan Boost. Lebih banyak lagi faedah akan diumumkan dari semasa ke semasa.



“Sejak dilancarkan lebih setahun yang lepas, Boost kini telah melihatkan peningkatan pengguna sebanyak lima kali ganda. Boost juga mempunyai lebih 3.5 juta pengguna di Malaysia,” jelas Mohd Khairil Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif, Axiata Digital Services, syarikat induk Boost.

“Hari ini, Boost mempunyai lebih 60,000 peniaga di dalam dan luar talian seluruh negara di mana pengguna boleh menggunakan e-wallet Boost mereka,” tambah beliau.

Selain membuat bayaran di kedai yang menyokong pembayaran Boost, pengguna Boost juga boleh membuat pembayaran bil utiliti dan parkir di jalan-jalan utama di Kuala Lumpur. Malah, pengguna juga berpeluang untuk mendapatkan ganjaran dengan pulangan wang tunai segera melalui ciri Shake aplikasi ini.

Kehadiran Boost di Malaysia boleh dirasai kerana e-wallet Boost diterima di banyak lokasi kegemaran pengguna di negara ini seperti pasar malam, trak makanan, rangkaian-rangkaian restoran, pawagam dan platform membeli-belah atas talian.

Tags: BoostWatson
Najib

Najib

POPULAR

Boost ambil alih tugas mesin wang di Watson

Boost ambil alih tugas mesin wang di Watson

10 January 2019
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN