• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga Mi MIX 2s dipotong RM400 sebelum Mi MIX 3 tiba

  • OLEH Najib
  • 10:11 am
  • 10/01/2019
  • Komen
Mi MIX 2s dengan kuasa dipertingkat bakal muncul di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Mi Malaysia telah mengumumkan tentang Mi MIX 3 yang akan dijual di Malaysia bermula Sabtu ini, 12 Januari 2019. Kini mereka mengumumkan potongan harga untuk model lamanya, Mi MIX 2S.

Sempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan datang, Mi MIX 2S yang dilancarkan dengan harga asal serendah RM1,999, boleh dibeli pada harga bermula dari RM1,399. Jadi, adakah masih lagi baik beli Pocophone F1?



Ini kerana Mi MIX 2S masih memiliki kuasa peranti flagship terkini, seperti cip Snapdragon 845, RAM 6GB dan storan antara 64GB dan 128GB. Harga promosi Mi MIX 2S adalah seperti berikut:

  • Mi MIX 2S 6GB/64GB – RM1,799 RM1,399
  • Mi MIX 2S 6GB/128GB – RM2,099 RM1,699

Harga Mi MIX 2S ini juga adalah lebih rendah dari harga Mi 8. Harga jualan Mi 8 dengan RAM 6GB dan storan 64GB sekarang ialah RM1,679.



Generasi kedua pelopor skrin nirbingkai ini memiliki skrin sebesar 5.99-inci, dengan bingkai nipis di sisi dan di atas, tetapi agak tebal di bawah. Di belakang ia dilapisi lapisan seramik yang lebih baik dari kaca.

Kamera belakangnya dwi-lensa 12MP, dengan keupayaan OIS 4-paksi dan 2x zum optikal. Kamera hadapan pula 5MP, terletak di bawah skrin sama seperti model sebelumnya.

Bateri di dalamnya berkapasiti 3,400mAh, menyokong pengecasan pantas melalui port USB-C, serta menyokong pengecasan wayarles. Sayangnya, ia tiada jek audio 3.5mm.

Harga promosi Mi MIX 2S ini boleh didapati di semua kedai Mi Store di seluruh Malaysia, serta dalam talian di Store Rasmi Xiaomi di Lazada dan Shopee.

Tags: Mi MIX 2Sxiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Mi MIX 2s dengan kuasa dipertingkat bakal muncul di Malaysia

Harga Mi MIX 2s dipotong RM400 sebelum Mi MIX 3 tiba

10 January 2019
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN