fbpx

SAH! Samsung akan lancar Galaxy S10 pada 20 Februari 2019

Semua misteri tentang tarikh pelancaran Galaxy S10 telah terjawab apabila Samsung Mobile mengisytiharkan secara rasmi, bahawa tarikh pelancaran Galaxy S10 jatuh pada 20 Februari 2019. Tarikh ini sedikit awal dari pameran Mobile World Congress (MWC) 2019, yang akan berlangsung dari 25-28 Februari 2019.

Tapi berbezanya kali ini, majlis pelancaran Galaxy Unpacked ini akan diadakan di San Francisco, California. Bukannya di Barcelona, di mana pameran MWC 2019 berlangsung. Ia juga menandakan ulangtahun ke 10 telefon pintar Galaxy keluaran Samsung.

Buat peminat Samsung di seluruh dunia, anda boleh menonton siaran langsung pelancaran ini menerusi beberapa saluran strim yang akan disediakan, di laman web Samsung serta di YouTube.

Majlis pelancaran ini akan bermula pukul 11AM PST, bersamaan dengan pukul 3AM waktu Malaysia pada 21 Februari 2019.

Apa yang boleh dijangka pada Galaxy S10 nanti? Khabar angin yang kuat bertiup mengatakan ia akan satang dalam tiga model, Galaxy S10 Lite, Galaxy S10 dan Galaxy S10+. Kesemuanya akan menampilkan skrin nirbingkai berlubang tanpa takuk.

Malaysia sentiasa menjadi pasaran terawal jualan peranti Samsung Galaxy. Jika anda mahu jadi yang pertama mendapat berita tentang ketibaan Galaxy S10 di Malaysia, jangan lupa untuk mendaftarkan minat anda di laman pendaftaran minat Galaxy Unpacked Samsung Malaysia.

BACA  Pengimbas capjari telefon Samsung dilaporkan mudah diatasi