fbpx

Nokia 9 Pureview penta-kamera bakal muncul di MWC 2019

Ramai yang ternanti-nantikan kembalinya lagenda model PureView dari Nokia. Khabar tentangnya tersebar sejak tahun lepas tetapi masih belum kelihatan hingga kini. Tetapi ketibaannya hampir pasti.

Ketua Pegawai Produk HMD Global, Juho Sarvikas, berkongsi kenangan beliau ketika melancarkan Nokia 7 Plus dan Nokia 8110 4G di pameran MWC 2018, setahun yang lepas. Di dalam status tersebut, beliau seakan memberi petunjuk tentang produk baru Nokia yang menarik akan dilancarkan di Barcelona, tahun ini.

Perkongsian beliau di Instagram, telah diterjemahkan oleh @Nokia_Leaks sebagai majlis pelancaran Nokia 9 PureView di MWC 2019. Pameran MWC 2019 akan berlangsung di Barcelona pada 25-28 Februari 2019.

Banyak yang menarik diperkatakan terdapat pada Nokia 9 PureView ini. Paling utama, ia akan dilengkapi lima lensa kamera belakang dengan optik Zeiss. Ia dikatakan boleh menangkap gambar dalam persekitaran malap dengan lebih cerah, lebih baik dari apa yang terdapat masa kini. Kamera ini juga boleh mengambil lima gambar serentak, untuk gambar yang lebih berkualiti tinggi.

Selain kamera, Nokia 9 PureView khabarnya datang dengan skrin 5.99-inci QuadHD+, cip Snapdragon 845, serta storan antara 64GB dan 128GB. Ia juga mungkin akan datang dengan pengimbas capjari di atas skrin. Baterinya sebesar 4,150mAh dengan pengecas USB-C.

[Sumber: PhoneArena]

BACA  Kini video muzik lama boleh ditonton dalam resolusi tinggi HD